Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Changelly adalah sebuah platform crypto exchange yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan di daftar di negara Hong Kong dengan ibu pejabat mereka di Malta.
Sejak pelancaran mereka platform changelly telah menjadi salah satu platform exchange yang dikenali ramai kerana kemudahan platform mereka.
Changelly membenarkan pelangan mereka untuk membuat transaksi lebih daripada 170 jenis cryptocurrency dengan hanya menekan beberapa butang saja.
Cara changelly menjaga keselamatan pengguna mereka adalah dengan menggunakan https di website mereka, dan menawarkan langkah 2FA untuk menambahkan tahap keselamatan kepada akaun pengguna.
Kelebihan Changelly
Apa yang membezakan exchange changelly berbanding crypto exchange yang lain adalah dari segi kemudahan untuk guna serta design platform mereka.
Dalam banyak-banyak crypto exchange saya rasa platform changelly antara yang paling mudah untuk diguna buat mereka yang masih baru dalam crypto ataupun sudah berpenggalaman.
Satu lagi kelebihan changelly adalah kepantasan mereka, kita boleh menukar cryptocurrency kita dengan crypto yang lain dalam tempoh yang pendek baisanya dalam beberapa minit untuk sampai ke dalam wallet kita.
Cara Guna Platform Changelly
Untuk guna platform changelly sudah tentu kita perlu daftar dulu akaun bersama mereka sebelum kita boleh guna. Boleh tekan sini untuk mendaftar.
Dengan platform changelly Kita boleh beli crypto guna duit biasa dahulu atau menukar crypto kita yang sudah ada dengan crypto yang lain.
Saya akan tunjuk cara beli crypto guna duit biasa dahulu, kemudian saya akan tunjuk cara untuk kita tukarkan cryptocurrency kita ke crypto yang lain.
Selepas anda sudah ada akaun, kita perlu ke laman hadapan website mereka, boleh tekan logo mereka. Kemudian tekan tab Buy dan pilih matawang MYR dan cryptocurrency apa yang anda mahu beli lepas ituu tekan butang hijau.
Kita akan di bawa ke halaman baru, di halaman ini mereka akan tunjuk jenis-jenis cara pembayaran yang disokong untuk kita lakukan transaksi. Dalam contoh ini saya akan guna MoonPay sebagai kaedah pembayaran. Tekan butan Buy now.
Di halaman ini kita perlu letakan alamat wallet kita untuk pihak changelly hantar cryptocurrency tersebut kepada kita.
Jangan lupa untuk tekan kotak untuk setuju dengan syarat mereka, lepas itu tekan butang hijau tersebut.
Jika anda masih tiada wallet, saya sarankan untuk anda bermula dengan wallet Exodus kerana ianya mudah untuk diguna.
Di bahagian ini sekiranya ini kali pertama anda guna platform mereka kita perlu isi kesemua kotak tersebut. Yang pertama kita perlu letakan alamat email yang kita guna ketika daftar akaun dengan changelly dan tekan butang continue.
Mereka akan ada hantar code ke email kita sebagai penggesahan.
Isi ruang nama, tarikh lahir dan negara.
Isi alamat kita seperti di lesen memandu atau kad penggenalan kita.
Kemudian kita perlu isi informasi pembayaran kita. Selepas ini kita akan perlu sahkan identiti kita dengan muat naik gambar kad penggenalan atau lesen memandu.
Ia untuk mencegah isu seperti pengubahan wang haram. Prosess ini kita hanya perlu buat sekali saja selepas kita sudah membuat transaksi pertama, kita sudah tidak perlu membuat prosess ini lagi sekali.
Sama seperti ketika kita mahu guna platform localbitcoins, kita perlu sah identiti kita dahulu buat kali pertama sebelum boleh guna platform mereka.
Prosess yang sama ini perlu dilakukan di mana-mana crypto exchange tiada yang terkecuali.
Selepas kita sudah sah kan identiti kita dan sudah lakukan pembayaran. Crypto tersebut akan masuk terus ke dalam wallet kita biasanya dalam beberapa minit selepas selesai membuat pembayaran dan rekod transaksi akan dihantar ke email kita.
Sekiranya anda memilih cara pembayaran yang lain selain MoonPay mungkin akan berbeza sedikit dengan apa yang saya tunjuk di atas, tapi konsep masih tetap sama saja di mana-mana cara pembayaran sekali pun.
Cara Tukar Crypto di Changelly
Sekiranya anda sudah ada crypto dan mahu tukar ke crypto yang lain, ini caranya.
Pergi ke halaman hadapan changelly kemudian pilih exchange.
Kita boleh pilih untuk membuat Floating rate atau Fixed rate.
Floating rate bermaksud kadar tukaran kita boleh berubah ketika kita sedang ingin membuat pembayran, ia akan ikut harga semasa pasaran.
Fixed rate bermaksud kadar tukaran kita adalah tetap, jumlah yang mereka tunjuk itu adalah jumlah yang kita akan dapat, masih tidak ditolak caj bayaran daripada network.
Lepas kita sudah pilih crypto apa yang kita mahu tukar dan jumlah berapa banyak, boleh tekan butang Hijau.
Di bahagian ini kita boleh lihat maklumat tentang transaksi serta perlu letak alamat wallet kita untuk changelly hantar crypto tersebut.
Kemudian buat kali terakhir mereka akan tunjuk transaksi kita, berapa jumlah yang mahu tukar, berapa caj bayaran dariapda network serta alamat wallet.
Mereka akan tunjuk alamat dimana kita boleh hantar bayaran crypto tersebut.
Selepas kita sudah hantar bayaran, mereka akan tunjuk halaman baru dimana mereka tunjuk kepada kita proses yang sedang dilakukan.
Sebaik saja proses sudah tamat mereka akan tunjuk laman terakhir yang menunjukan transaksi sudah tamat dan crypto tersebut sudah dihantar ke wallet kita.