Back to: Belajar Forex Trading
Setiap candlestick mempunyai ceritanya tersendiri dan trader akan memanggilnya sebagai candlestick pattern.
Candlestick pattern dapat berkongsi kepada trader banyak makna tentang apa yang telah berlaku dalam pasaran dan kemungkinan tinggi juga dapat berkongsi tentang arah mana pasaran akan bergerak.
Ketika ini terdapat 42 jenis candlestick pattern yang telah dikenal pasti, tapi jangan risau anda tidak perlu hafal kesemua rupa bentuk pattern candle yang ada.
Apa yang anda perlu ingat hanyalah pattern yang memberi potensi yang tinggi dan pattern yang kerap berlaku dalam pasaran.
Pengambilan Utama
- Terdapat sebanyak 42 jenis candlestick pattern yang berbeza.
- Candlestick dapat membantu trader untuk membuat keputusan dalam trading mereka.
- Ada tiga jenis kategori candlestick pattern, 1 candle, 2 candle dan 3 candle.
- Candlestick pattern bagus diguna apabila digabungkan dengan teknik teknikal analisa yang lain seperti support dan resistance.
Isi kandungan
Candlestick pattern terbahagi kepada tiga kategori:
- Single candle.
- Double candle.
- Triple candle.
Ini bermaksud ada candle pattern yang terdiri daripada 1 candlestick sahaja, ada pattern yang terdiri daripada 2 jenis gabungan candle yang berbeza dan ada yang perlukan 3 candle untuk lengkapkan pattern candlestick tersebut.
Mari kita lihat setiap kategori tersebut.
Single Candlestick Pattern
Doji Sekeluarga
Doji pattern mempunyai pelbagai rupa bentuk.
Doji yang biasa kelihatan seperti simbol tambah(+), dan ia bermaksud sesi trading tersebut telah tutup pada paras yang hampir sama dimana ia dibuka.
Candle pattern doji hanya bermaksud, pasaran masih sedang menentukan arah, ini kerana kekuatan pembeli dan juga penjual adalah sama kuat.
Long legged doji mempunyai bentuk yang hampir sama seperti doji cuma ia mempunyai shadow yang panjang, dan paras harga tutup berhampiran dengan paras harga dibuka.
Pattern ini berlaku apabila pembeli cuba untuk menolak harga lebih tinggi tapi pada masa yang sama penjual juga cuba untuk menolak harga lebih rendah. Akibat kedua-duanya mempunyai kekuatan yang sama, maka harga tutup di sekitar paras dimana harga dibuka.
Dragonfly doji pula mempunyai lower shadow yang panjang dan mempunyai upper shadow yang pendek atau tidak mempunyai upper shadow langsung. Rupa pattern ini hampir seperti huruf “T“.
Pattern dragonfly doji menunjukan ciri-ciri pembeli lebih kuat berbanding penjual.
Gravestone doji memiliki upper shadow yang panjang dan lower shadow yang pendek atau tiada lower shadow. Ia seperti rupa bentuk dragonfly doji cuma terbalik.
Apa yang berlaku adalah, pembeli cuba untuk menolak harga naik lebih tinggi tetapi gagal dan penjual berjaya menolak harga untuk turun semula. Ia menunjukan ciri-ciri bearish.
Hammer
Hammer adalah pattern yang menunjukkan petanda bullish dan ia berlaku selepas pergerakan downtrend.
Ciri-ciri hammer adalah ia mempunyai lower shadow yang panjang, sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih panjang berbanding saiz body candle itu dan ia mempunyai upper shadow yang kecil atau tiada upper shadow langsung.
Inverted Hammer
Rupa serta ciri-ciri inverted hammer sama seperti pattern hammer tapi ia terbalik, nama pun “inverted hammer”.
Tetapi pattern ini boleh juga berlaku ketika uptrend dan harga mula buat perubahan arah. Ia bergantung kepada dimana pattern ini berlaku.
Hanging Man
Bentuk hanging man kelihatan seperti hammer cuma daripada berlaku selepas downtrend, ia berlaku ketika uptrend.
Ciri-ciri hanging man candlestick pattern:
- Ia mempunyai body yang kecil.
- Lower shadow 2 kali lebih panjang berbanding body candle.
- Mempunyai upper shadow yang kecil atau tiada sebarang upper shadow.
- Ianya adalah signal bearish yang berlaku dalam uptrend.
Marubozu
Pattern marubozu adalah antara rupa candlestick yang kuat signal dia kerana pergerakan candle ini biasanya besar.
Ciri-ciri pattern marubozu adalah ia tidak mempunyai sebarang upper dan lower shadow.
Jika diterjemahkan maksud “marubozu” dari bahasa Jepun ia bermaksud “dipotong rapat”, ini mungkin sebab pattern ini tidak mempunyai sebarang shadow atau wick candle.
Spinning Top
Ciri-ciri Spinning Top pattern:
- Ia mempunyai saiz body candle yang kecil.
- Mempunyai upper dan lower shadow yang lebih panjang dari saiz body.
Pattern ini tunjuk bahawa pasaran berada dalam fasa penentuan arah, maksudnya pembeli dan penjual mempunyai kekuatan yang sama.
Sekiranya ia berlaku pada uptrend market, ia mungkin bermaksud kekuatan pembeli sudah tidak kuat dan harga mungkin akan mula pergerakan penurunan tidak lama lagi.
Kalau ia berlaku selepas downtrend, ia tunjuk kekuatan penjual makin melemah dan harga mungkin akan berubah arah.
Double Candlestick Pattern
Ini adalah katagori candlestick pattern yang memerlukan 2 candle yang berbeza untuk lengkapkan pattern tersebut.
Engulfing
Rajah di atas menunjukan 2 jenis engulfing pattern, bullish engulfing(A) dan bearish engulfing(B).
Pattern engulfing adalah antara candlestick pattern yang peling kuat dan banyak dilihat oleh trader.
Ciri-ciri engulfing adalah apabila candle semasa telah tutup lebih besar berbanding candle yang sebelumnya. Tapi candlestick yang sebelumnya mesti candle yang bertentangan, contoh jika candle semasa tutup dalam bullish yang sebelumnya perlu berlaku candle bearish untuk bullish engulfing.
Contoh bullish engulfing adalah apabila candle sebelumnya adalah candle bearish dan kemudian candle semasa telah tutup dan menyelubungi saiz candle sebelumnya.
Bearish engulfing pula berlaku apabila candle sebelumnya adalah candle bullish dan candle semasa tutup dalam keadaan bearish dan telah menyelubungi candle bullish sebelumnya.
Shooting Star
Pattern shooting star mempunyai rupa bentuk yang sama seperti inverted hammer dan ia biasa muncul selepas pergerakan uptrend yang menunjukan bahawa pergerakan menaik makin melemah.
Triple Candlestick Pattern
Di bawah adalah contoh triple candlestick pattern yang bermaksud pattern ini terdiri daripada 3 jenis candlestick yang berbeza untuk lengkapkan terjadinya pattern.
Morning Star
Ia terdiri daripada 3 jenis candle untuk terjadi:
- Candle pertama adalah sebuah candle bearish.
- Candle kedua mempunyai body yang kecil dan kadang-kadang ianya adalah candle doji.
- Candle ketiga adalah candle bullish yang tutup melebihi separuh daripada saiz candle pertama.
Pattern ini hanya berlaku pada penghujung pergerakan arah trend bearish atau downtrend yang memberi petunjuk bahawa pasaran akan berubah arah menjadi bullish atau uptrend.
Evening Star
Jika lihat rajah di atas, anda dapat lihat pattern ini mempunyai rupa yang sama saja seperti morning star, cuma daripada ia berlaku selepas downtrend, ia berlaku selepas uptrend yang memberikan petanda harga akan berubah arah.
Three Inside Up
Pattern ini adalah signal bahawa harga akan berubah arah dariapda bearish ke bullish.
Ciri-ciri three inside up pattern adalah:
- Candlestick pertama adalah candle bearish.
- Candle kedua adalah candle bullish dan ia mesti mempunyai saiz sekurang-kurangnya sebesar separuh dari saiz candle yang pertama.
- Candle ketiga adalah candle bullish dan candle ini mesti tutup melebihi paras candle bearish pertama.
Three Inside Down
Ciri-ciri three inside down sama seperti three inside up cuma ia berlaku selepas pergerakan uptrend dan ia menunjukkan ciri-ciri signal bearish reversal akan berlaku.
Adakah Candlestick Pattern Bagus?
Saya pasti jika anda cuba untuk lihat semua pattern candlestick di atas itu berlaku pada carta yang sebenar anda akan nampak bahawa terdapat situasi di mana selepas berlakunya pattern candlestick itu harga akan bergerak seperti yang dijangkakan.
Tapi dari semasa ke semasa ada situasi dimana berlakunya candlestick pattern tapi harga tetap bergerak bertentangan, trader panggil situasi ini sebagai “false signal” dan anda akan kerap jumpa situasi ini apabila lihat di carta.
Inilah kenyataan dalam trading, tidak semua peluang trade akan ikut jangkaan kita, sebab itu ianya penting untuk miliki pengurusan trading yang bagus untuk elak daripada alami kerugian yang besar.
Ia juga tidak bermakna bahawa pattern candlestick ini tidak berkesan dan membuang masa.
Bila Candlestick Pattern Berguna?
Candlestick pattern dapat membantu trader untuk membuat keputusan dalam trading mereka, tapi itu tidak bermaksud setiap kali anda nampak berlakunya pattern candle anda perlu trade pattern tersebut.
Apa yang anda perlu buat adalah, lihat dimana berlakunya pattern tersebut.
Candle pattern bagus apabila digabungkan dengan kaedah teknikal analisa yang lain seperti level SnR, kiranya kita hanya melihat pattern yang berlaku pada aras support atau resistance sahaja.
Jika kita gabungkan dua kaedah ini(SnR dan Candlestick Pattern), kemungkinan untuk kita alami situasi false signal akan lebih kurang berbanding jika kita hanya trade berdasarkan candlestick pattern sahaja.
Soalan Lazim
Boleh Ke Trade Hanya Guna Candlestick Pattern?
Ianya tidak disarankan untuk hanya trade berdasarkan pattern candlestick sahaja kerana boleh berlaku banyak false signal jika anda hanya trade berpandukan candlestick sahaja. Lebih bagus untuk gabungkan beberapa kaedah analisa lain bersama candlestick.
Berkesan Ke Candlestick Pattern?
Candlestick pattern ini amat berguna bila kita gabungkan dengan kaedah teknikal analisa yang lain seperti SnR atau level moving average atau level fibonacci.
Candlestick Pattern Apa Paling Bagus
Antara Candle pattern yang mempunyai potensi tinggi adalah, Hammer, Engulfing, Three Inside Up dan Three Inside Down.
Patut Ke Guna Candle Pattern Dalam Analisa Teknikal?
Candlestick pattern dapat memberikan kita lebih kepastian tentang apakah yang berlaku dalam pasaran dan apa yang akan berlaku, jadi guna pattern candlestick dalam analisa dapat membantu kita sebagai trade jika ia digunakan dengan betul.
Kesimpulan
Candlestick pattern ini bagus untuk ditambahkan ke dalam S.O.P trading kita kerana ia dapat memberi tahu bila sepatutnya trader memasuki pasaran dan dapat membantu trader membuat kesilapan seperti memasuki posisi trade terlalu awal atau terlalu lewat sebelum harga bergerak.
Tetapi ianya bagus untuk digunakan dengan gabungan bersama kaedah teknikal analisa yang lain seperti support dan resistance untuk kurangkan risiko alami false signal terlalu banyak.