AVERAGE TRUE RANGE

Average true range atau ATR adalah sebuah indicator volatiliti. Tidak seperti indicator yang lain yang menunjuk arah trend pasaran atau kawasan overbought dan oversold, tapi ia memberitahu kepada kita apakah purata pergerakan harga berdasarkan pergerakan pasaran yang lepas.

Jadi macam mana nak guna indicator ATR ini dalam analisa pasaran, dan kenapa setiap trader perlu memiliki indicator ATR ini di dalam strategi trading mereka.


Pengambilan Utama

  • Average true range adalah sebuah indicator volatiliti.
  • Tetapan asas yang biasa digunakan adalah period 14.
  • ATR selalu dipandang remeh oleh kebanyakan trader kerana ia tidak memberi tahu maklumat seperti arah trend pasaran.
  • Ia boleh membantu kita untuk kurangkan rasa risau dan takut semasa trading.

Asas Average True Range

ATR adalah sebuah indicator yang unik, tapi ramai trader tidak menggunakannya dalam strategi mereka kerana ATR tidak beritahu kepada trader tentang arah pergerakan harga atau dimana dan bila untuk buka posisi trade.

Disebabkan itu indicator ini biasa dipandang remeg kebanyakan trader.

Tapi pada pendapat saya setiap trader wajib mempunyai indicator ATR ini dalam strategi mereka atas beberapa sebab.

  1. Pertama indicator ini sangat membantu buat trader untuk tahu bila patut mereka tutup posisi trade mereka.
  2. Kedua, ia dapat kurangkan rasa takut kita ketika trading.

Cara Asas Guna ATR

Rupa Indicator ATR
ATR Indicator

ATR bergerak menaik atau menurun apabila pergerakan harga dalam pasaran sedang bergerak secara laju atau perlahan.

Cara guna indicator ATR ini mudah saja. Average true range hanya memiliki satu garis sahaja dan pada belah kiri paparan indicator ia menunjukan angka period yang berada dalam kurungan.

Dalam contoh ini ianya adalah 14, maksudnya indicator akan melihat 14 candlestick sesi trading yang lepas untuk mendapatkan angka purata pergerakan candle.

Angka yang berada diluar kurungan itu adalah angka bacaan ATR, dalam contoh ini ia tunjuk 0.0019, ini bermaksud dalam tempoh 14 sesi trading yang lepas purata pergerakan adalah sekitar 19 pip.

Itu adalah cara asas untuk anda baca ATR, tapi macam mana nak guna indicator ini di dalam trading strategi?

Terdapat 3 cara anda boleh gunakan indicator average true range.

Guna ATR Untuk Ambil Profit

Cara pertama adalah dengan anda gunakan indicator ATR ini untuk tahu dimana anda boleh letakan sasaran Take Profit anda. Kaedah ini sangat bagus jika anda adalah intraday trader tapi boleh juga digunakan untuk swing trade.

Sebagai contoh, katakan anda sedang trade pair EUR/USD dan harga semasa adalah 1.12100 dan berdasarkan analisa anda lakukan menunjukan ciri-ciri bullish jadi anda ingin membuka posisi beli pada pair tersebut.

Tapi dimana anda ingin letak sasaran keuntungan anda?

Mungkin sebab harga telah capai membuat kawasan swing terbaru, maka tiada kawasan yang jelas untuk anda letak TP. Di situasi begini indicator average true range dapat membantu.

Bacaan ATR ketika ini adalah 0.0020 itu bermaksud purata pergerakan yang lepas adalah sekitar 20 pip. Jadi anda boleh letak Take Profit pada aras 20 pip dari kawasan anda buka pesanan tersebut iaitu sekitar 1.12300 kerana kita tahu harga boleh bergerak sebanyak 20 pip.

Tapi itu tidak bermakna harga tidak boleh bergerak melebihi 20 pip. Anda perlu ingat ATR ini hanya bagi “purata” pergerakan harga berdasarkan sesi trading yang lepas.

Anda juga boleh gandakan bacaan ATR untuk ambil keuntungan yang lebih besar sedikit, contoh jika bacaan ATR adalah 20 pip, anda boleh gandakan dengan 2 untuk dapat nilai 40 pip dan tetapkan TP anda pada jarak 40 pip.

Guna ATR Untuk Tahu Level Stop Loss

Kita juga boleh gunakan indicator average true range ini untuk tahu dimana nak letak aras Stop Loss.

Contoh keadaan. Kita sudah membuat analisa dan ingin membuka posisi sell pada pair GBP/USD, harga semasa berada di 1.29530 dan bacaan ATR pula adalah 30 pip.

Ini bermaksud dalam 14 sesi trade yang lemas purata pergerakan adalah dalam 30 pip. Dengan mengetahui maklumat ini kita boleh letak SL pada jarak -30 pip daripada kawasan posisi trade.

Dalam contoh ini SL kita akan berada di 1.29830, tapi jika anda rasa jarak Stop Loss 30 pip terlalu kecil, boleh juga guna gandaan 2 kali atau 3 untuk lebih selamat.

Kalau bacaan ATR adalah 30 pip dan kita mahu jarak 2 kali ganda, maka aras SL akan berada pada jarak 60 pip.

ATR Dapat Bantu Kurangkan Rasa Gelisah Semasa Trading

Seperti saya katakan tadi, ATR sebenarnya dapat membantu trader untuk kurangkan rasa takut semasa trading. Macam mana tu?

Anda pasti pernah alami situasi di mana, anda sedang mempunyai posisi trade yang aktif, tapi disebabkan harga lambat sampai ke kawasan sasaran, anda ambil keputusan untuk tutup posisi tersebut kerana anda berasa takut, ia ambil masa yang terlalu lama untuk bergerak.

Tapi tidak lama kemudian pasaran bergerak ke arah analisa selepas anda sudah tutup posisi trade itu dan mula rasa menyesal kerana tutup posisi tersebut terlalu awal.

Dengan menggunakan indicator ATR ia dapat membantu anda untuk elak daripada terkena situasi seperti diatas, kerana ia boleh beri tahu kepada anda jangkaan masa berapa lama untuk harga bergerak dan sampai ke kawasan Take Profit anda.

Contoh situasi, anda sedang trade pair USD/CAD pada time frame H1 dan anda telah membuat keputusan berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan anda jangka harga akan bergerak menaik dan membuka posisi buy di 1.33420 dan kawasan TP pula berada pada harga 1.33920, 50 pip.

Anda melihat bacaan ATR menunjukan 10 pip, kalau sasaran anda adalah 50 pip dan purata pergerakan yang lepas adalah 10 pip setiap satu candle sesi trading.

Itu bermaksud ATR memberi tahu kepada anda, ia boleh ambil masa sekitar 5 jam untuk harga sampai ke sasaran 50 pip tersebut.

Jadi jika anda lihat chart semula selepas 3 jam dan harga masih belum sampai ke sasaran, anda tidak perlu berada risau atau takut kerana anda tahu ia mungkin boleh ambil tempoh masa sekitar lima jam untuk sampai.

Tapi ia tidak semestinya perlu ambil masa 5 jam, kadang-kadang ia boleh sampai cepat sedikit atau munkin lewat sedikit. Ia hanya ramalan bahawa ia boleh ambil sekitar lima jam.

Sekiranya ia sudah melebihi daripada waktu yang dijangkakan mungkin sudah lebih dari satu atau 2 jam, ia disarankan untuk tutup posisi trade itu.

Kesimpulan

Indicator ATR ini selalu dipandang remeh oleh trader kerana ia tidak menunjukan maklumat seperti arah trend atau bila untuk buka posisi buy atau sell seperti kebanyakan indicator lain, tapi ia hanya tunjuk purata pergerakan harga.

Sebenarnya average true range ini adalah sebuah indicator yang penting dan sangat bermanfaat untuk trader jika mereka paham cara untuk gunakannya.

Tiga cara di atas adalah antara cara yang terbaik untuk anda boleh gunakan indicator ATR dalam analisa dan disarankan untuk masukan indicator ini ke dalam strategi anda.