You are currently viewing LiteCoin(LTC)

LiteCoin(LTC)

LiteCoin adalah sebuah cryptocurrency yang dicipta dengan tujuan untuk membenarkan penggunanya membuat transaksi yang lebih laju dan selamat pada kadar caj bayaran yang lebih rendah.

Jika bitcoin di pandang sebagai emas, litecoin ibarat perak di dalam cryptocurrency.

Walaupun litecoin dicipta berdasarkan bitcoin pada asalnya, tetapi litecoin mempunyai tempoh waktu block baru yang lebih cepat berbanding bitcoin.

Waktu block untuk bitcoin adalah dalam 10 minit, manakala litecoin dalam 2.5 minit dengan caj fee yang lebih rendah, menjadikan litecoin ini sesuai untuk transaksi kecilan seperti bayaran untuk barangan di kedai.

Litecoin dicipta oleh Charlie Lee, seorang bekas pekerja Google. Litecoin pada tahun 2011, dan sejak itu ia ia dapat sambutan yang agak baik terdapat juga kedai yang mula menerima litecoin sebagai pembayaran kerana transaksinya yang laju.

Ketika ini litecoin antara crypto yang paling banyak diterima, lebih daripada 2,000 peniaga menerima LTC di seluruh dunia.

Seperti saya katakan tadi, kelebihan litecoin adalah pada kelajuan transaksinya serta fee yang rendah. Ini telah membuatkan litecoin sebagai coin yang terbaik selain bitcoin lagi-lagi di negara yang sedang membangun.

Litecoin juga sedang berusaha untuk meningkatkan isu keselamatan dan dasar privasi.