Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Apa itu Ethereum(ETH)
Ethereum adalah sebuah blockchain manakala Ether atau ETH adalah cryptocurrency yang digunakan didalam ethereum blockchain. ETH adalah cryptocurrency kedua yang terbesar selepas bitcoin.
Ethereum dicipta oleh Vitalik Buterin dan Gavin Wood pada tahun 2013 dan dilancar pada tahun 2014. Vitalik adalah seorang pemuda dari Russia. Vitalik ini sangat bijak dan mahir dalam komputer sebab apa saya kata begitu.
Vitalik mencipta ethereum ketika umurnya baru 19 tahun. Saya masa umur 19 tahun sebuk main Call Of Duty.
Kelebihan ethereum adalah pada kebolehan membenarkan orang ramai untuk membuat Smart Contract dan juga membina dApps.
Apa Itu Smart Contract
Smart contract adalah sebuah program yang akan jalan dengan sendiri dengan syarat perjanjian(contract) diantara penjual dan pembeli yang sudah ditulis di dalam code program tersebut.
Smart contract ini sama saja seperti kontrak yang biasa seperti di atas kertas, ia menggandungi perjanjian antara seorang individu kepada individu yang lain. Cuma bezanya smart contract ini adalah ia secara digital dan lebih selamat.
Apa maksud saya dengan lebih selamat?
Program smart contract selepas ia sudah diterbitkan ianya tidak boleh diubah buat selamanya dan akan diedarkan ke seluruh rangkaian blockchain di dalam ethereum dan ia akan aktif apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi.
Sebagai contoh jika ada orang yang menulis smart contract untuk kumpul dana untuk sebuah projek, dan katakan dalam contract tersebut mengatakan mahu kumpul dana sebanyak $10,000 USD dalam tempoh 2 bulan dan dana tersebut akan diberi kepada pemilik projek hanya apabila jumlah terkumpul sudah capai $10,000.
Katakan dalam tempoh sebulan jumlah dana sudah cukup dikumpul dan dana tersebut akan diberikan kepada pemilik projek.
Tetapi kalau jumlah dana yang dikumpul masih tidak cukup dalam tempoh 2 bulan, kesemua dana yang telah dikumpul akan diberikan semula kepada pelabur.
Smart contract membolehkan kita untuk membuat transaksi secara rahsia tanpa memerlukan pihak ketiga.
Satu contoh yang sesuai adalah seperti kita beli air dari mesen layan diri. Bila kita beli air kita tidak perlu berinteraksi dengan pemilik mesen tersebut kita hanya perlu tekan air apa yang kita mahu dan masukan duit.
Semuanya berlaku tanpa kita ketahui siapa pemilik mesen air tersebut.
Terdapat banyak perniagaan yang telah mula guna smart contract dalam sistem mereka kerana mereka mahu beri perlindungan yang lebih baik buat pelanggan mereka.
Apa Itu dApps?
Maksud dApps adalah “decentralized applications” ianya sebuah aplikasi atau program yang wujud di dalam rangkaian blockchain dan bukan terdiri daripada sebuah komputer berpusat.
Seperti kita boleh membuat aplikasi dan terbitkan dalam appstore dan playstore, dapps juga gunakan konsep yang sama cuma daripada kita terbitkan di dalam playstore atau appstore kita terbitkan aplikasi tersebut di dalam ethereum blockchain.
Kelebihan membuat aplikasi dapps berbanding aplikasi biasa ialah dari segi keselamatan dan kemudahan.
Disebabkan aplikasi tersebut di bina atas teknologi blockchain tiada komputer pusat dimana pengondam boleh ceroboh. Serta aplikasi kita akan sentiasa berjalan kerana aplikasi tersebut akan diedarkan kepada komputer di seluruh dunia, jadi selagi salah satu komputer tersebut masih berjalan, aplikasi kita tidak akan hilang.
Ketika menulis ini, pasaran ethereum keseluruhan berharga dalam $257 Billion dollar.