Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Cryptocurrency exchange adalah sebuah platform dimana kita boleh membeli serta menjual crypto kita menggunakan duit traditional seperti MYR, Rupiah, SGD, USD, EUR, etc. Pada masa yang sama kita juga boleh menukarkan crypto kita ke crypto yang lain seperti tukarkan Bitcoin kepada Litecoin dan sebagainya.
Crypto exchange ini konsep dia sama saja seperti money changer yang kita biasa nampak di pusat membeli belah atau di lapangan terbang dimana kita boleh menukar mata wang negara ke mata wang negara lain. Cuma yang bezanya adalah untuk crypto exchange ini tiada kedai seperti di pusat membeli belah atau lapangan terbang, semuanya dilakukan secara dalam talian melalui komputer ataupun telephone kita.
Sekarang ini terdapat banyak crypto exchange yang wujud diluar sana. Jadi macam mana kita nak pilih crypto exchange yang bagus?
Tiada sebuah crypto exchange yang lebih bagus daripada semua, setiap platform tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Di bahagian ini kita akan belajar tentang 7 kriteria yang kita perlu lihat apabila kita sedang memilih crypto exchange.
Cara Pilih Cryptocurrency Exchange
1) kemudahan
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kemudahan sebuah crypto exchange. Antara faktor yang kita perlu lihat adalah kebolehan mendaftar, dan kemudahan untuk guna platform exchange tersebut.
Dari segi kebolehan untuk mendaftar bergantung juga kerana ada sesetengah exchange tidak menerima pelangan dari sesebuah negara, mungkin disebabkan regulasi di negara tersebut tidak membenarkan untuk crypto exchange beroperasi di negara mereka, seperti di China yang menghalang rakyatnya untuk melakukan transaksi di crypto exchange.
Bila kita sedang pilih crypto exchange, pastikan exchange tersebut menerima pelangan dari negara lain. Kita biasanya boleh jumpa senarai negara mana yang diterima di belah laman F.A.Q di website exchange tersebut atau boleh hubungi khidmat pelangan mereka.
Faktor kedua pula adalah dari segi kemudahan platform mereka. Sesetengah exchange direka untuk memudahkan orang baru kepada crypto untuk guna, tapi ada juga exchange dimana rekaan platform mereka agak susah sedikit dan agak teknikal untuk mereka yang baru saja mula ceburi bidang ini.
Sebelum kita pilih exchange itu lihat sama ada rekaan platform mereka mudah untuk digunakan, melainkan anda adalah seorang professional yang sudah biasa melihat terminal pasaran seperti saham mungkin ianya akan lebih mudah.
2) Keselamatan
Kebanyakan crypto exchange tiada lagi badan regulasi kerana ia masih satu benda yang baru dan masih banyak lagi institusi serta kerajaan yang masih mengkaji cara untuk regulasi dan peraturan untuk sector ini.
Sesetengah exchange juga mempunyai polisi insurance untuk melindungi pelangan mereka sekiranya berlaku pencerobohan dan Cryptocurrency dicuri.
Ada juga crypto exchange yang menyimpan rizab simpanan mereka dalam bentuk duit tunai seperti USD dan EUR, ada juga yang menyimpan dana rizab dalam bentuk cryptocurrency yang disimpan di dalam hard wallet yang selamat. Ada exchange yang utamakan keselamatan system mereka daripada digondam seperti Kraken, sebuah crypto exchange.
Keselamatan dana adalah keutamaan no.1 ketika kita sedang memilih exchange. Kita perlu pastikan dana kita selamat daripada dicuri oleh orang yang tidak betangungjawab.
Disebabkan banyak berlaku kes percubaan untuk mengondam pengguna crypto, pihak exchange telah menambah baik tahap keselamatan untuk pengguna mereka, seperti menggunakan two-factor authentication, dimana bila kita login ke akaun, kita akan terima kod sms sebagai penggesahan.
Selain itu pihak broker juga telah membuat polisi seperti sekiranya kita tukar wallet address, pihak broker akan beritahu kita melalui email atau telephone dan akan bekukan akaun kita daripada membuat sebarang penggeluaran selama 24 jam sebagai langkah keselamatan.
3) Caj Bayaran
Caj bayaran adalah salah satu faktor yang kita perlu pertimbangkan. Sesetengah exchange menggenakan kadar caj bayaran yang rendah berbanding exchange lain.
Tapi jangan pula kita terus mahu pilih exchange yang menawarkan kadar caj yang rendah, kerana caj bayaran rendah tidak semestinya mempunyai tahap keselamatan yang bagus seperti exchange yang menggenakan caj bayaran yang sedikit tinggi.
Macam apa yang orang english selalu katakan, “You get what you paid for”. Yang murah tak semestinya terbaik.
Itu tidak bermaksud kita perlu gunakan exhange yang caj bayarannya paling tinggi, kita ingin pilih di tengah-tengah, tidak terlalu mahal pada masa yang sama tidak terlalu rendah.
Sesetengah exchange akan menggenakan kadar caj yang tetap maksudnya mereka kekalkan caj bayaran mereka sama tidak kira jumlah transaksi kita besar mahupun kecil, dan biasanya ia dalam bentuk peratus, sekitar 0.2% hingga ke 0.5% dari jumlah transaksi.
Maklumat berkenaan caj bayaran yang dikenakan biasanya boleh dijumpai di website exchange tersebut jika anda tidak jumpa boleh saja hubungi khidmat pelangan mereka untuk tanya.
4) Liquidity
Jika anda tidak tahu maksud liquidity, ianya bermaksud jumlah transaksi yang berlaku di dalam exchange tersebut. Bila kita ingin melakukan transaksi kita perlu pastikan yang pesanan kita mudah untuk diselesaikan.
Contoh jika kita ingin membeli Ethereum tetapi ketika waktu itu tiada sesiapa yang ingin menjual ETH kepada kita jadi transaksi kita tidak akan selesai. Ianya sebuah konsep yang asas dalam apa-apa perniagaan sekali pun, bila kita ingin membeli sesuatu kita perlu ada penjual, dan bila kita ingin menjual kita perlu ada pembeli.
Jadi lagi tinggi liquidity dalam exchange tersebut lagi bagus, ianya memastikan pesanan kita akan terus dilaksanakan tanpa ada berlakunya kelewatan atau pesanan kita dibatalkan kerana tiada transaksi untuk dilakukan.
5) Crypto Yang Ditawarkan
Tidak kesemua exchange yang menawarkan cryptocurrency yang sama dan tiada satu pun exchange yang menawarkan kesemua jenis crypto yang wujud.
Apabila kita memilih crypto exchange lihat crypto apa yang mereka tawarkan, berapa banyak jenis kelas aset yang ada. Sesetengah exchange hanya menawarkan dalam 4 ke 5 jenis crypto saja seperti Luno.
Ada exchange yang menawarkan berpuluh hingga beratus jenis cryptocurrency seperti binance atau kraken.
Jadi pasikan kita tahu crypto apa yang kita mahu berdagang, jika anda hanya jenis fokus kepada coin crypto yang besar seperti Bitcoin(BTC), Ethereum(ETH), atau Litecoin(LTC), mungkin guna platform seperti Luno sudah ok kerana ianya lebih mudah.
Jika anda mahu berdagang pelbagai jenis crypto yang ada mungkin guna exchange seperti binance atau kraken.
6) Pendidikan
Untuk yang masih baru lagi dalam industri crypto ini perlu utamakan pendidikan.
Ada exchange yang menyediakan kandungan pendidikan yang bagus untuk mereka yang masih baru dan mahu belajar di website mereka.
Kebiasaannya juga exchange akan sediakan tutorial tentang cara guna platform mereka, ia satu tambahan yang bagus untuk lihat jika exchange tersebut menawarkan pendidikan dan tutorial. Ini menunjukan bahawa mereka ambil berat tentang pelangan mereka.
7) Simpanan Crypto
Sesetengah exchange tidak membenarkan simpan crypto di dalam platform mereka, maksudnya bila kita beli bitcoin contohnya, kita perlu terus letak wallet address kita dimana exchange akan terus hantar bitcoin itu ke wallet tersebut. Ada exchange dibina dengan wallet mereka tersendiri dimana kita boleh simpan crypto kita di dalam exchange.
Mungkin anda pernah dengar “jangan simpan crypto dalam exchange” dan ianya sangat benar, ia agak bahaya untuk simpan semua crypto kita di dalam exchange sekiranya berlaku apa-apa yang kita tidak dapat jangkakan kita boleh kehilangan kesemua aset crypto tersebut.
Tapi kalau tujuan kita adalah untuk trade pasaran crypto dan bukannya beli dan simpan sebagai pelaburan jangka panjang, ianya lebih mudah untuk kita simpan crypto kita di dalam exchange daripada keluarkan ke dalam wallet.
Kerana jika kita trade crypto bila kita simpan coin tersebut dalam wallet kita dan bila kita mahu menjual atau beli crypto, kita perlu transfer crypto tersebut ke dalam exchange dan bila buat dengan kerap ia boleh merugikan kita kerana seperti saya katakan tadi caj bayaran sesetengah crypto exchange agak mahal.
Kalau dalam sehari kita lakukan banyak transaksi, transfer crypto ke wallet dan kemudian ke exchange semula, ianya agak merugikan dan tidak masuk akal untuk buat begitu.
Jika anda adalah seorang crypto trader ianya lebih masuk akal untuk simpan crypto di dalam exchange buat sementara waktu, itu tidak bermaksud kita perlu simpan kesemua crypto kita dalam exchange, saya tidak sarankan untuk buat begitu.
Mungkin hanya letakan dalam 50% atau 40% atau 60% dari jumlah keseluruhan di dalam exchange, apa-apa pun jangan letak 100% di dalam exchange. Jika anda ada keuntungan pada minggu itu pada hujung minggu baru kita keluarkan sedikit dan simpan ke wallet peribadi kita sebagai dana simpanan jika perlu.
Dengan cara ini kita tidak merisikokan diri kita untuk kehilangan kesemua crypto kita jika ada apa-apa yang berlaku kepada exchange.