You are currently viewing 7 Cara Untuk Melawan Anxiety Dalam Forex Trading

7 Cara Untuk Melawan Anxiety Dalam Forex Trading

Pernah tak anda lalui perasaan dimana anda berasa takut untuk membuka posisi trade disebabkan rasa takut sekiranya analysis anda salah dan menggalami kerugian.

Ianya bukanlah isu yang baru, masalah ini dipangil sebagai “Trading Anxiety” dan banyak trader yang lalui masalah ini lagi-lagi trader yang masih lagi baru ceburi bidang trading.

Tidak perlu berasa malu sekiranya anda lalui isu seperti ini kerana saya sendiri pun pernah menggalami masalah trading anxiety ini disebabkan saya rasa takut dengan loss maklumlah ketika itu saya masih belajar lagi jadi duit itu tidak banyak.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 7 cara untuk melawan perasaan takut dan ragu-ragu ketika trading, saya harap ia dapat membantu dalam trading anda :-).

Sila Ambil Perhatian, Saya Bukan Ahli Psikologi, Ini Hanyalah Nasihat Daripada Pandangan Saya Sendiri Sebagai Trader Untuk Atasi Masalah Sifat Rasa Ragu-Ragu Ketika Trading. Jika Anda Mengalami Masalah Anxiety Di Luar Daripada Trading Saya Sarankan Anda Mencari Bantuan Daripada Pakar.

Apa Punca Trading Anxiety

Maksud “anxiety” bila ditafsirkan adalah perasaan bimbang, kegelisahan biasanya berlaku apabila mempunyai situasi atau peristiwa yang pasti atau sesuatu yang tidak dapat dipastikan akan berlaku.

Seperti dalam trading biasanya ia disebabkan kita tidak dapat 100% yakin yang market akan bergerak ke arah jangkaan kita ini kerana market bergerak secara random.

Ada 2 punca kenapa trader mengalami masalah trading anxiety:

1) LOSS

Kita berasa ragu-ragu disebabkan takut dengan kerugian yang munkin kita akan alami daripada trade tersebut.

2) Kurang Keyakinan

Kekurangan keyakinan juga sama seperti loss kita berasa ragu-ragu dengan trade setup serta trading strategy kita.

Jadi macam mana nak atasi 2 masalah tersebut?

1) Tahu Punca

Ketahui punca yang membuatkan anda rasa takut atau ragu-ragu dapat membantu anda untuk atasi masalah trading anxiety.

Munkin anda rasa ragu-ragu disebabkan perasaan takut yang trade tersebut akan menjadi trade yang merugikan atau munkin anda berasa ragu-ragu sebab takut membuat keputusan yang salah(kurang keyakinan).

Dengan kenali apa punca anda rasa ragu akan memudahkan lagi untuk anda atasi masalah tersebut, contoh jika ia berpunca disebabkan takut dengan kerugian ianya munkin disebabkan anda mula dengan modal duit yang anda tidak mampu untuk hilang.

Jangan sesekali mula dengan duit yang anda tidak mampu untuk hilang ia hanya akan menambahkan lagi tekanan dan akan menjejaskan prestasi trading anda.

Jika ianya berpunca dari kekurangan keyakinan munkin ia disebabkan masa anda berlatih di demo akaun dengan menggunakan strategy tersebut masih tidak mencukupi atau munkin anda tidak anggap latihan tersebut dengan serius.

Cuba untuk berlatih dahulu di demo akaun selama 6 bulan dan lihat sama ada anda dapat kembangkan akaun tersebut ataupun tidak dengan menggunakan strategy tersebut, jika akaun tersebut semakin besar jadi anda tidak perlu berasa ragu-ragu apabila mula trade di akaun yang sebenar.

Boleh baca tentang cara yang bagus untuk berlatih menggunakan akaun demo di sini.

2) Terima Rasa Takut Tersebut

Anda perlu terima kenyataan yang loss itu akan ada dan tetap akan berlaku. Cara yang bagus untuk atasi rasa takut tersebut adalah dengan menerimanya.

Sekiranya anda tidak dapat terima kerugian, trading ini memang tidak sesuai untuk anda saya bukan cuba untuk menjadi kejam tetapi memang itulah kenyataan.

Cuba untuk terima kenyataan yang dalam trading losing trade itu memang akan berlaku kalau anda dapat terima kenyataan tersebut anda akan dapat bawa kerjaya trading anda ke peringkat seterusnya.

Dalam trading ianya bukan hanya tentang berapa banyak duit yang kita dapat buat tetapi berapa banyak kerugian yang kita dapat kurangkan, sebab itu ianya amat penting untuk anda menjaga Risk Management dalam trading.

3) Mempunyai Strategy Yang Bagus

Mempunyai sebuah strategy yang sudah dilakukan backtest dan terbukti berjaya amat penting dalam trading.

Bahagian ini lebih kepada rasa keyakinan sekiranya anda sudah mempunyai satu strategy yang sudah terbukti bagus anda tidak akan rasa ragu-ragu apabila strategy tersebut memberi setup untuk trade kerana anda sudah yakin dengan strategy tersebut.

Sebab ini ianya penting untuk anda berlatih di demo akaun dahulu sebelum mula trade menggunakan duit sebenar dengan strategy tersebut.

[adrotate group=”4″]

4) Belajar Daripada Pengalaman

Trading ini bukanlah hanya tentang berapa banyak keuntungan kita dapat tetapi berapa banyak yang kita belajar daripada trade yang sebelumnya dan menggunakan penggalam tersebut untuk merancang trade kita yang seterusnya.

Cara paling bagus untuk belajar daripada trade yang sebelumnya adalah melalui rekod trading journal kita, sebab itu trading journal ini amat penting untuk trader.

Anda boleh baca lagi tentang trading journal di post Kenapa Trading Journal Ini Penting.

5) Kurangkan Saiz Posisi Trade

Jika kita membuka posisi saiz yang terlalu besar untuk saiz modal akaun ia akan menyebabkan kita untuk memberikan tumpuan kepada berapa banyak profit atau loss yang kita dapat daripada melihat apa yang market sedang buat.

Apabila kita terlalu memberikan tumpuan kepada berapa banyak kenaikan atau penurunan kepada akaun, kita mesti akan mula merasa cemas.

Contoh kalau modal kita adalah $500 dan kita ada buka satu posisi trade dan apabila trade tersebut sedang menggalami kerugian dalam -$80, 20% dari jumlah modal kita, jadi kita mesti akan tutup posisi trade tersebut dengan kerugian kemudian market terus bergerak ke arah jangkaan kita.

Pada masa yang sama jika kita terlalu fokus kepada duit perasaan tamak dan takut akan mula kacau emosi kita.

Cara saya untuk atasi masalah ini adalah dengan sorok tab terminal saya di metatrader supaya saya tidak nampak berapa profit atau loss yang saya sedang alami serta membuka lot saiz yang sesuai dengan akaun.

6) Cari Style Trading Yang Sesuai

Sepanjang perjalanan saya dalam dunia trading ini saya sudah jumpa pelbagai jenis trader ada scalper, intraday, swing dan juga position trader.

Apa yang saya perasan juga setiap daripada jenis-jenis trader tersebut mempunyai sifat yang berbeza.

Scalper, apa yang saya perasan adalah mereka biasanya mahukan sesuatu benda itu dengan cepat kiranya prosess itu mereka tidak suka lama, jadi bila di dalam trading biasanya mereka akan pegang posisi trade mereka untuk jangka masa yang pendek.

Intraday Trader, saya perasan yang mereka munkin tidak kesah untuk pegang posisi trade mereka untuk beberapa jam atau sepanjang hari, tetapi mereka tidak trade cara scalping kerana pergerakan market yang terlalu laju yang munkin tidak sesuai untuk semua orang.

Swing & Position Trader boleh dikatakan mereka munkin yang paling relek sekali pada pendapat saya kerana mereka biasanya trade di time frame yang besar seperti H4 dan Daily jadi trade setup itu tidak selalu berlaku dan mereka tidak kesah sangat, mereka juga tidak berasa takut untuk pegang posisi trade mereka melebihi 3 hari dan munkin lebih dari seminggu.

Apa yang saya cuba katakan adalah cuba cari style trading mana yang sesuai dengan anda, kalau anda tidak mempunyai banyak masa tetapi berasa takut untuk pegang posisi trade lebih daripada 2 hari munkin intraday trading yang sesuai untuk anda, kalau anda mempunyai banyak masa yang terluang dan mahukan hasil yang cepat, munkin scalping sesuai dengan anda.

[adrotate group=”2″]

Ianya penting untuk anda tahu mana satu style trading yang sesuai dengan anda kerana ada trader yang prestasi mereka teruk apabila scalping tetapi sesuai dengan swing trading, ia munkin disebabkan mereka tidak cukup pantas apabila membuat keputusan dan berasa cemas apabila trade di pair matawang yang mempunyai pergerakan turun naik yang banyak(Market Volatility).

Sama juga untuk gaya trading adakah anda lebih selesa dengan price action atau indicator, ada trader saya kenal mereka hanya boleh trade dengan cara price action bila menggunakan indicator ianya tidak sesuai dengan mereka, sama juga untuk sebaliknya trader yang biasa menggunakan indicator akan rasa sedikit keliru apabila trade cara price action.

Untuk jumpa trading style yang sesuai dengan anda biasanya ia akan ambil sedikti masa kerana anda perlu banya Try & Error sebelum anda jumpa yang mana sesuai dengan anda.

7) Percaya Dengan Diri Sendiri

Yang terakhir sekali adalah percaya dengan diri sendiri, percaya dengan strategy yang anda cipta atau belajar.

Kalau terlalu memikirkan tentang apa yang munkin akan berlaku hanya akan menambahkan lagi tekanan serta kekecewaan kepada diri anda.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply