Salah satu cara terbaik untuk membina kekayaan adalah melalui pelaburan atau trading di dalam pasaran kewangan.
Tetapi ianya tidaklah semudah seperti apa yang disangkakan ramai orang. Lebih daripada 95% orang yang ceburi dalam bidang trading akan alami kerugian dan lebih 80% akan menggalah selepas 2 tahun.
Tidak kira pasaran apa sekali pun saham, forex mahupun cryptocurrency, 4 sebab ini biasanya menjadi punca kepada masalah ini.
Jadi mari kita akan lihat kenapa kebanyakan trader atau pelabur mengalami kerugian dan apa yang kita boleh buat untuk buat kesilapan yang sama.
Mahu Pulangan Cepat
Antara sebab utama kenapa ramai orang alami kerugian di dalam pasaran kewangan adalah kerana mereka mahu mendapat pulangan dengan cepat.
Ramai orang fikirkan mereka boleh menerima pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang pendek.
Walaupun ianya tidak mustahil seperti apa yang sedang berlaku di pasaran cryptocurrency dimana sebuah aset crypto itu boleh menaik 100% atau lebih dalam tempoh masa yang cepat tetapi itu tidak bermakna ia akan sentiasa berlaku.
Pasaran kewangan bukanlah sebuah tempat untuk kita menjana pulangan yang tinggi dan menjadi kaya dalam tempoh waktu yang pendek.
Untuk elak diri kita daripada kehilangan wang kita perlu berfikir dan merancang untuk jangka masa panjang, seperti orang biasa katakan “slow and steady”, mereka yang memiliki kesabaran biasanya yang akan menerima habuannya.
Tiada Ilmu Asas Berkenaan Trading
Ramai orang yang baru ceburi bidang ini akan sangkakan ianya mudah saja untuk menjana pendapatan dalam trading lalu mereka terus menceburi bidang trading tanpa cuba untuk memiliki ilmu asas dahulu.
Ianya mungkin bukan salah mereka juga kerana terdapat banyak orang yang cuba untuk ambil kesempatan terhadap golongan ini yang baru mahu ceburi bidang ini dengan menjual buku atau course atau indicator mereka dengan menjanjikan bahawa strategi mereka adalah yang terbaik dan pasti dapat menjana keuntungan serta tidak akan rugi.
Dalam apa-apa pun kita perlu memiliki ilmu asas dahulu berkenaan pasaran seperti tahu macam mana pasaran itu bergerak, cara untuk kira margin dan pip, tahu apa itu leverage, kenapa pasaran bergerak secara menaik dan menurun, etc.
Jika kita tidak memiliki ilmu asas ianya agak susah untuk kita berjaya dalam industri ini.
Jadi sebelum kita ceburi dalam bidang ini pastikan kita memiliki ilmu asas trading dahulu.
[adrotate group=”4″]
Ikut Perasaan
Pelaburan dan trading ini bukanlah hanya strategi sahaja yang penting malahan ramai yang gagal adalah disebabkan emosi.
Mereka gagal untuk kawal emosi mereka ketika di dalam pasaran. Emosi memainkan peranan yang besar untuk kita berjaya.
contoh yang sesuai adalah ketika pasaran crypto menaik pada tahun 2017, ramai orang mula beli crypto ketika waktu harga sedang tinggi kerana mereka tidak ingin terlepas peluang untuk menjana keuntungan.
Tetapi beberapa hari kemudian harga bitcoin mula jatuh lebih dari 80% daripada harga tertinggi waktu itu.
Ramai orang alami kerugian dan kehilangan modal mereka disebabkan perasaan F.O.M.O serta tamak.
Saya juga telah menerbitkan sebuah course percuma dimana saya pergi lebih dalam berkenaan trading psikologi. Saya amat sarankan untuk anda lihat course tersebut.
Mendengar Kata Orang Lain
Point ini juga mungkin berkaitan dengan emosi F.O.M.O dimana kita melihat orang lain berjaya menjana keuntungan lalu kita juga ingin menyertai.
Sebelum kita melakukan sesuatu kita perlu kaji sendiri terlebih dahulu dan bukan hanya dengan mendengar kata orang lain. Kerana terdapat peluang bahawa bila kita mendengar sebuah peluang daripada orang lain ianya mungkin sudah terlambat.
assalamualaikum, saya merupakan trader baru. memang betul kata tuan zul. emosi lah memainkan peranan paling penting sekali. dlu sy juga cuba2 deposit 50usd sikit2 depo2 dgn berharap dpt smula keuntungan atau modal yg hilang. bila tgk blk, 50usd yg sy blk2 depo dah melebihi 500-1000usd, bila fikir blk, knpa tak depo jer skali gus 1000usd at least ble tahan bila harga floating. so 50usd kerap MC dan juga kekurangan ilmu trading. smpai skrg jer dari bermulanya bulai julai smpai september, dah hilang 26k myr. skrg ni pelan2 blajar ilmu trading dari zoom meeting, youtube dan juga ambil iktibar dari mereka yang berpengalaman dalam kehilang berpuluh malah beratus ribu myr semata2 trading tanpa ilmu dan juga ikut perasaan. saya masih lagi dalam proses belajar dan cuba nak cover blk duit sy sikit2 even 30% dari modal saya. bila tgk semula, tak sangka sy ni mempunyai 26k myr hahahahah tapi ni lah simpanan saya sehingga sy sgup menggunakan duit credit card sy kerana terlalu mengikut perasaan dan tamak sbb nak cpt2 cover loss tu. tp sbenanrnya lebih baik sedikit dan konsisten dari dapat byk trus lesap lebih byk. contohnya modal sy 200usd, saya boleh dapat 230usd-270usd dari instrument WTI (USA oil), tapi malam jer sbb suka sgt hold dgn menggunakan teknik harapan yg price akan pergi ke TP yg kita nak, akhirnya kecundang, hilang lebih dari yg kita untung. dah lah buang tenaga, masa dan duit, tp disebabkan perasaan emosi tu, akhirnya kecundang dlm masa beberapa minit. saya selalu nasihatkan kwn sy supaya jgn jd macam sy ni.
Waalaikumusalam, banyak juga tu kerugian yang di alami. Tapi perkara sudah berlakukan, apa yang kita boleh ambil adalah dengan belajar dari kesilapan terdahulu dan cuba untuk perbaiki.
Trading ini selalunya orang akan fikirkan tentang dari segi teknikal analisa saja “Jika saya jumpa strategi 90% ketepatan, sudah boleh berjaya ni.” tapi sebenarnya emosi memainkan peranan yang lebih besar.
Saya doakan agar Rose berjaya dalam trading, perlahan-lahan belajar dan imrpove.
Sekiranya ada persoalanan boleh saja tanya 🙂