Kerjaya sebagai seorang trader bukanlah satu benda yang mudah seperti apa ramai orang sangkakan lagi-lagi trader yang masih baru lagi ceburi industri ini dan mungkin anda sudah dengar banyak kali yang lebih daro 95% trader gagal dalam trading.
Tetapi apa yang orang tidak kongsi adalah kenapa kebanyakan trader gagal dan menggalah dalam trading ini.
Hari ini saya ingin berkongsi 7 sebab kenapa kebanyakan trader gagal dalam bidang ini dan jika anda ambil penggajaran daripada 7 sebab ini dan belajar kemungkinan anda untuk berjaya dalam trading ini lebih tinggi.
Mari kita lihat apakah 7 sebab kenapa trader akan gagal dalam trading.
1) Tiada Mentor
Memiliki seorang mentor bukanlah satu benda yang anda perlu ada tetapi ia boleh jadi satu kelebihan jika anda ada mentor di dalam trading.
Untuk mencari mentor tidak semestinya mentor tersebut perlu ada kereta-kereta mewah dan memiliki rumah banglo yang besar, terdapat juga mentor di luar sana yang jenis Low Profile.
Apa yang kita patut cari dalam mentor kita adalah ilmu dan juga penggalaman beliau ada sebab kenapa beliau berjaya di dalam bidan ini dan ianya bukan di sebabkan nasib tetapi sebab ilmu dan juga penggalaman yang dimilikinya.
Seperti saya katakan tadi memiliki seorang mentor itu tidak wajib ada tapi jika ada seorang mentor yang sanggup membimbing anda ia mungkin dapat percepatkan prosess pembelajaran anda di dalam dunia trading.
2) Tiada Kesabaran
Salah satu ciri-ciri yang perlu dilimiki untuk menjadi trader yang berjaya adalah kesabaran.
Kadan-kadang apabila keadaan market yang tidak menentu kita perlu bersabar untuk menunggu peluang trading yang dapat berikan kita kemungkinan untuk berjaya yang tinggi dan bukanya membuka posisi trade disebabkan perasaan.
Jika tiada setup yang berlaku ketika waktu itu tunggu sehingga ada setup trade berlaku, apa yang saya perasan kebanyakan trader baru walaupun tiada setup trade mereka masih mahu buka posisi trade dengan alasan pada hari tu mereka tidak buka satu posisi trade lagi.
Apa yang pelik adalah kenapa mereka perlu juga untuk buka sekurangnya 1 posisi trade walaupun tiada setup yang berlaku?
Dalam trading analysis itu sekejap je untuk dilakukan tetapi biasanya kebanyakan masa kita akan terluang kepada tunggu untuk setup trading untuk berlaku.
3) Tidak Ikut Peraturan 2%
Apa itu peraturan 2%?
Peraturan ini bermaksud yang kita perlu pastikan yang kita hanya risikokan dalam 2% dari jumlah baki akaun kita, contoh katakan baki akaun kita ada dalam $500 USD, jadi jumlah maksimum kita boleh risikokan setiap trade adalah $10.
Ianya lebih kepada cara penjagaan money management dan juga risk management kita. Saya bagi lagi satu contoh dengan lebih detail, kita gunakan nilai yang sama seperti contoh di atas tadi dan trade di pair EUR/USD.
Setiap kali kita mahu membuka posisi trade jumlah maximum kita boleh risiko adalah dalam $10, katakan ada setup trade yang berlaku dan kita kira risk management kita dan dapat tahu yang jarak stop loss kita perlu letak dalam 20 pip dari target entry kita.
Saya boleh je beri formula kiraan tapi kenapa mahu susah-susah kira secara manual sedangkan sudah ada kalkulator yang boleh bantu kirakan untuk kita, anda boleh lihat kalkulator tersebut tekan di sini.
Kalau kita guna contoh di atas tadi, ia sarankan kita untuk membuka lot saiz 0.05 jika kita trade akaun standard, 0.50 jika kita trade akaun Mini dan 5 lot untuk akaun micro.
Sebab itu saya suka kalkulator tersebut kerana ia akan terus kira lot saiz untuk semua jenis akaun tidak kesah anda pakai akaun standard atau mini atau micro ia akan terus bagi kiraan lot saiz untuk semua jenis akaun tersebut.
Perkara ini selalu dipandang remeh kebanyakan trader tetapi dengan cara inilah yang dapat membantu kita untuk kurangkan risiko serta menjadikan kita trader yang lebih konsistent.
4) Terlalu tamak
Perasaan tamak memainkan peranan yang besar di dalam trading. Kebanyakan trader menggalami kerugian berpunca dari sifat tamak mereka, di dalam dunia trading juga ada kata-kata seperti ini
“Market Tidak Menunjukan Balas Kasihan Kepada Sesiapa Lagi-Lagi Trader Yang Tamak”.
Ianya amat benar siapa yang tamak di dalam market dia yang rugi.
Kita semua mesti pernah lalui situasi begini di mana kita sudah ada posisi trade yang sudah profit tetapi disebabkan sifat tamak kita tipu diri kita dari ambil keuntungan yang sedia ada dengan fikir yang “Mungkin market boleh bergerak jauh lagi” tetapi kemudian market bergerak bertentangan semula dan kita mula rasa menyesal sebab tidak menggambil keuntungan yang sudah ada sebelum itu.
Saya sendiri pun sama seperti itu dulu, rasa tamak tidak mahu ambil profit yang sudah ada dan sangkakan yang market masih boleh bergerak lebih jauh.
Cara untuk atasi rasa tamak tersebut adalah dengan mempunyai perancangan di mana kita mahu tutup posisi trade tersebut sebagai contoh level Take Profit atau TP dan sekiranya market sudah sampai ke level tersebut posisi tersebut akan tutup secara auto dalam keadaan profit.Tetapi kalau masih rasa takut terlepas pergerakan besar yang mungkin akan berlaku kita boleh menggunakan Trailing Stop untuk kurangkan risiko kita pada masa yang sama dapat ikut pergerakan market sekiranya ia bergerak lebih jauh.
5) Jangkaan Yang Salah
Masalah ini mungkin lebih kepada trader yang masih baru lagi dalam forex trading.
Kebanyakan trader baru mereka bermula dengan mindset yang forex ini mudah saja pada masa yang sama mahu mendapat keuntungan dengan cepat.
Tapi seperti yang saya pernah katakan di artikel sebelumnya yang ini bukanlah 100% salah mereka sebab terdapat scammer-scammer atau marketer yang menunjuk gaya hidup mereka yang mewah dan katakan yang trading ini mudah pada masa yang sama menguntungkan.
Walaupun memang ada kesah-kesah trader yang berjaya dalam trading ini dalam jangka masa yang pendek tetapi pada masa yang sama juga kita perlu ingat tahap pembelajaran setiap orang berbeza.
Statistik dari website Elliot Wave menggatakan yang dalam 90% trader gagal dan lebih kurang dalam 80% trader akan menggalah dalam tempoh 2 tahun.
Trading ini adalah satu kemahiran yang kita tidak boleh menjadi mahir dalam tempoh seminggu-dua tetapi boleh menggambil masa berbulan hingga bertahun sebelum kita mula jadi konsistent.
Jika anda masih baru lagi mula dengan mindset yang betul dengan menjangkakan yang tempoh untuk menjadi mahir dalam trading ini boleh menggambil masa yang lama dan bukannya dalam sebulan-dua sudah boleh beli kereta mewah.
6) Tidak Bersedia
Kebanyakan trader baru dalam trading sangkakan yang setelah mereka berlatih di akaun demo selama beberapa minggu atau sebulan mereka sudah bersedia untuk mula trade menggunakan akaun dengan duit sebenar.
Tetapi apabila mereka mula trade guna akaun sebenar mereka perasan yang ianya tidak sama seperti trade di akaun demo, ini disebabkan akaun demo menggunakan duit virtual sahaja jika berlaku kerugian kita tidak akan rugi apa=apa. Tapi bila trade di akaun dan guna duit yang sebenar risiko itu menjadi realiti jika berlakunya kerugian kita akan kehilangan duit sebenar.
Di sini lah dimana emosi dan psikologi kita akan diuji sebagai trader. Ramai trader katakan strategy itu penting tapi tidak ramai tahu yang psikologi itu sebenarnya lebih penting sebagai trader.
Saya sudah ada terbitkan satu artikel yang berkongsi tentang tanda-tanda anda sudah bersedia untuk mula trade akaun sebenar, anda boleh baca artikel tersebut dengan klik di sini.
[adrotate group=”4″]
7) Tidak Cukup Penggalaman
Trader baru bukan perlukan strategy tetapi mereka perlukan penggalaman.
Saya sudah banyak kali berkongsi strategy trading saya, walaupun saya ok je trade gunakan strategy tersebut tetapi masih ada trader yang mempunyai masalah untuk kekal profit sedangkan saya dan dia guna strategy yang sama je.
Jadi apa punca dia?
Adakah disebabkan strategy tersebut tidak sesuai dengan dia?
Tidak juga sebab saya kongsikan strategy swing dan juga intraday dengan beliau sebab dengan sebuk sedikit dengan kerja harian jadi strategy scalping memang tidak sesuai untuk dia kerana beliau tidak mempunyai masa yang banyak untuk duduk di depan chart dengan lama.
Tetapi setelah beberapa bulan baru nampak sedikit hasil dan makin stabil, masih guna strategy yang sama juga. Jadi apa sebabnya?
Apa yang saya perasan adalah kekurangan penggalaman dan untuk dapat penggalaman itu akan ambil sedikit masa. Walaupun saya berkongsi 100% sama je prosess dan SOP(Standard Operating Procedure) strategy saya kepada trader lain, ianya masih akan ambil masa untuk mereka betul-betul paham.
Untuk dapat penggalaman pula adalah dengan berlatih dan mencuba. Jika ada trader kongsikan strategy kepada anda, cuba untuk lakukan backtest dulu di akaun demo untuk berlatih dan selesa kan diri anda dahulu dengan strategy terebut.
Kemudian jika prestasi di demo sudah ok cuba ke akaun live tapi bermula dengan modal yang kecil dahulu atau di jenis akaun yang kecil seperti micro akaun untuk cuba di keadaan market yang sebenar pada masa yang sama tambahkan lagi penggalaman anda dengan strategy tersebut.
Sama juga seperti jika kita mahu memasuki pekerjaan baharu, soalan yang biasa akan ditanya adalah tentang penggalaman perkerjaan kita yang sebelumnya supaya mereka tahu yang kita ini ada penggalaman atau tidak dalam bidang pekerjaan tersebut.
Trading ini tiada beza juga kita mendapat penggalaman daripada berlatih dan lagi kerap kita berlatih lagi cepat kita mendapat penggalaman.