You are currently viewing 5 Cara Untuk Kawal Rasa Kecewa Dalam Forex Trading

5 Cara Untuk Kawal Rasa Kecewa Dalam Forex Trading

Perasaan kecewa itu boleh jadi satu masalah buat trader lagi-lagi apabila berlakunya situasi seperti losing trade yang berturut-turut atau menggalami kerugian yang besar.

Perasaan ini boleh menjejaskan prestasi seorang trader dan mereka akan mula berasa ragu-ragu apabila mahu membuat keputusan dalam trading yang mungkin boleh memburukan lagi situasi jika trader tersebut mula membuat keputusan dalam keadaan begitu dan menggalami kerugian yang lebih besar.

Jadi ada ke cara untuk kita dapat menggawal perasaan kecewa tersebut?

Semestinya ada seperti apa yang orang selalu katakan “Setiap Masalah Mesti Ada Penyelesaiannya”.

Di bawah saya ada senaraikan 5 cara untuk trader boleh atasi masalah perasaan kecewa dalam trading.

[adrotate group=”2″]

1) Kaji, Kaji dan Kaji Semula

Orang selalu cakap antara cara terbaik untuk belajar adalah dengan belajar dari kesilapan lalu.

Cuba lihat semula kenapa anda rasa kecewa di dalam trading adakah disebabkan losing trade yang berturut-turut atau mungkin disebabkan kerugian yang besar dari 1 trade tersebut.

Jika ianya berpunca daripada losing trade berturut-turut anda patut tetapkan sehari berapa maximum kerugian yang anda mampu tampung.

Sebagai contoh katakan anda set sekiranya sudah menggalami kerugian sebanyak $100 dalam sehari anda terus berhenti trade untuk hari itu.

Jangan hadap chart sepanjang hari kerana jika kita masih mahu melihat chart dan trade kita akan mula membuat kesilapan dengan mahu trade sebab mahu tutup semula kerugian yang dialami, dalam trading ia dipangil sebagai “Revenge Trading”.

Apa yang saya boleh katakan revenge trading itu bukanlah satu benda yang bagus untuk trader dan dari masa-kesemasa ia dapat menambahkan lagi kerugian kita.

Sekiranya ianya berpunca daripada kerugian yang besar dalam satu trade itu mungkin berpunca daripada penjagan risiko serta money management yang tidak bagus.

Kalau kita menjaga risk dan money mangement dengan betul kita tidak akan menggalami kerugian yang ketara. Keadaan yang paling teruk pun sepatutnya hanya menggalami kerugian dalam 2% – 3% dari jumlah baki akaun.

2) Jangan Salahkan Sesiapa

Kebiasaan apabila trader menggalami kerugian mereka akan salahkan orang lain seperti broker atau big player seperti bank dan Hedge Fund Manager ataupun mereka akan salahkan kepada trading strategy mereka.

Kemungkinan besar punca kenapa kita alami kerugian tersebut bukanlah salah sesiapa tetapi diri kita sendiri. Mungkin sebab entry kita terlalu awal atau mungkin kita trade ketika keputusan news mahu keluar dan keadaan market yang tidak menentu.

Jadi jangan salahkan sesiapa sekira berlakunya kerugian tetapi lihat semula point pertama tadi, kaji semula trade tersebut serta lihat trading journal kita semula untuk ketahui apa punca trade tersebut rugi.

Ada juga trader yang salahkan diri mereka sendiri, sekiranya anda antara orang yang melakukannya, cuba bertenang.

Tiada gunanya salahkan diri anda sebab anda rugi dari trade tersebut, market ini bergerak secara random dan kita tidak akan dapat agak 100% pergerakan market. Kerugian itu pasti akan berlaku.

Tidak kesah lah sesiapa pun orang itu ada Phd dalam ekonomi ke or bijak dalam pengiraan ke, tiada siapa dapat ramal pergerakan market 100% sentiasa tepat. Jadi terima saja kerugian tersebut, belajar daripada trade itu dan teruskan perjalanan.

[adrotate group=”4″]

3) Releksss

Antara cara terbaik untuk kekalkan ketenaggan adalah dengan berehat, ye ianya semudah itu, kalau anda lalui hari yang agak teruk dalam trading cuba untuk berehat dahulu dan buat aktiviti lain yang tiada kaitan dengan trading buat sementara waktu.

Cara yang bagus adalah dengan meluangkan masa dengan aktiviti hobi anda, kalau anda minat memancing pergi memancing, kalau minat bermain bola pergi main bola, kalau minat main game, pergi main game.

Buat apa-apa aktiviti yang dapat rehatkan diri anda dan lupakan tentang trading untuk seketika.

Kemudian lepas minda sudah tenang baru mula trade semula.

4) Mula Semula Dengan Cara Yang Betul

Sekiranya anda sudah berehat dan dapat tenangkan diri dari perasaan kekecewaan dalam trading, apabila anda mahu mula semula seeloknya mula dengan mind-set dan jangkaan yang betul.

Apa maksud saya?

Maksud saya selalunya trader yang menggalami kekecewaan dalam trading ini biasanya berpunca dari menggalami kerugian dalam trading atau meletakan harapan yang tinggi dalam trading.

Contoh bermula dengan modal yang kecil dengan jangkaan dapat kembangkan x10 kali ganda dalam tempoh masa sebulan. Walaupun ianya tidak mustahil dan ada juga trader yang berjaya melakukannya kita perlu ingat juga yang tahap kepahaman dan ilmu setiap orang berbeza.

Ada kemungkinan trader yang berjaya kembangkan akaun mereka untuk tempoh yang pendek tersebut mereka sudah bertahun berlatih dan mencari ilmu sebelum mereka dapat membuat pulangan seperti itu.

Jadi jangan mula dengan harapan atau sasaran yang terlalu tinggi dan besar lagi-lagi jika anda masih baru lagi dalam bidang trading ini.

Mula dengan sasaran yang mudah serta masuk akal untuk anda capai.

5) Jangan Tukar Strategy Trading Lagi

Di point no.2 saya ada katakan yang sesetengah trader akan salahkan trading strategy mereka apabila mereka alami kerugian dan mahu tukar ke strategy lain dan mereka akan fikirkan yang klaau tukar ke strategy lain mungkin situasi ini tidak akan berlaku lagi.

SALAH!!!

Keadaan market memang sentiasa berubah dan tidak menentu memang sifat semula jadi market.

Tetapi dengan sesuatu benda yang dipanggil sebagai “konsistent” lah yang dapat membuatkan kita menjadi seorang trader yang berjaya.

Contoh yang mudah katakan anda ada strategy yang memberikan anda 5 win trade dan 5 losing trade daripada 10 trade. Itu meletakan ketepatan strategy anda dalam 50%.

Tetapi setiap kali anda win anda membuat profit sebanyak 2 kali ganda daripada losing trade anda, jadi adakah anda akan jadi konsistent dengan cara itu?

Ye sememangnya anda akan jadi lebih konsistent untuk jangka masa yang lama.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah ianya ada kemungkinan bukannya strategy yang menjadi punca anda menggalami kerugian, dengan strategy yang tepat hanya dalam 50% pun masih dapat menjana keuntungan sekiranya dilakukan dengan betul dan konsistent.

Tetapi sekiranya anda memang yakin dan pasti yang strategy anda sudah tidak boleh digunakan lagi, cuba untuk membuat backtest dahulu sebelum mula tukar ke strategy yang lain.

Artikel Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply