You are currently viewing Cara Bina Trading Plan Yang Sempurna

Cara Bina Trading Plan Yang Sempurna

Memiliki sebuah trading plan yang bagus dan sesuai dengan diri anda amat penting dalam kerjaya trading anda, ia memastikan kita mempunyai perancangan cara untuk kita hadapi pasaran masa trading.

Tidak kira pasaran apa sekali pun saham, forex, mahupun crypto, sekiranya kita tidak memiliki sebarang trading plan ianya ibarat kita pergi berperang tanpa ada sebarang perancangan cara untuk memenangi peperangan tersebut.

Jadi di dalam perkongsian kali ini saya ingin berkongsi tentang macam mana nak bina trading plan kita tersendiri berdasar kepada trading strategi masing-masing dan macam mana nak pastikan diri kita kekal disiplin untuk ikut plan tersebut ketika trading.

Apa Itu Trading Plan

Ianya adalah sebuah alat yang dapat membantu kita untuk membuat keputusan ketika sedang trading.

Ia dapat membantu kita untuk membuat keputusan seperti bila dan dimana kita patut buka posisi trade dan apakah tahap risiko yang patut diambil.

Mungkin juga anda pernah terdengar trader katakan “trading S.O.P”, ianya konsep yang sama juga, trading s.o.p dan trading plan adalah 2 perkara yang sama.

Setiap trader berbeza trading plan dan S.O.P mereka, ia bergantung kepada cara trading dan strategi masing-masing.

Pertama sekali sebelum anda bina trading plan tersendiri, pastikan anda sudah ada strategi yang sudah terbukti dan sesuai dengan diri anda.

Mungkin anda trade guna indicator seperti moving average dan RSI, atau anda adalah seorang trader price action yang hanya trade menggunakan level SnR dan Candlestick, mungkin juga anda adalah seorang Elliott Wave Trader.

Apa-apa sekali pun gaya trading anda, pastikan teknik itu sudah terbukti dan sesuai dengan anda.

Kenapa Trading Plan ini Penting

Kenapa ianya penting untuk kita memiliki sebuah trading plan?

Pertama sekali ia dapat elakkan kita daripada membuat keputusan yang salah ketika trading.

Trading plan dapat membantu kita untuk kekalkan diri kita untuk membuat keputusan berdasarkan logik dan bukannya berdasarkan emosi seperti F.O.M.O dan tamak semasa trading.

Bukan itu saja sebuah trading plan yang bagus dapat membantu kita untuk kurangkan berlakunya kerugian ketika trading.

Antara kelebihan memiliki trading plan adalah:

  • Lebih memudahkan prosess trading: Kita sudah tahu langkah-langkah yang kita perlu ambil sebelum mula trade.
  • Sentiasa berada satu langkah di hadapan: Kita sudah tahu dimana kita akan ambil keuntungan dan dimana kita akan keluar dari trade tersebut jika rugi. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan membuat keputusan berdasarkan logik dan bukannya emosi.
  • Dapat Jadi lebih disiplin dalam trading: Jika kita kekal dan ikut kepada trading plan, kita akan menjadi lebih disiplin dalam trading kita.

Saya juga akan berkongsi tentang macam mana nak jadi lebih disiplin untuk hanya trade berdasarkan trading S.O.P kita dan bukannya dengan emosi.

Langkah Untuk Bina Trading Plan

Sekarang anda sudah tahu kenapa ianya penting untuk kita memiliki sebuah trading plan.

Jadi macam mana nak bina trading plan untuk diri kita sendiri?

Macam saya katakan sebelum ini trading plan setiap trader adalah berbeza bergantung kepada gaya trading mereka. Tetapi ada beberapa komponen utama yang perlu ada dalam setiap trading plan.

1) Tahu Apakah Trade Setup Anda

Langkah pertama untuk bina trading plan adalah ketahui apakah setup trade anda?

Apakah ciri-ciri yang menunujukan anda mempunyai peluang untuk trade?

Sebagai contoh katakan anda trade guna indicator dan trade setup anda adalah apabila indicator stochastic berada di dalam kawasan over-bought atau over-sold.

Atau jika anda seorang price action trader yang menggunakan level support dan resistance pada masa yang sama tunggu untuk berlakunya candlestick pattern seperti engulfing sebagai pengesahan sebelum membuka sebarang posisi trade.

Jadi itulah syarat atau SOP trading anda. Jika masih tiada sebarang trade setup yang berlaku jangan sesekali membuka sebarang posisi trade.

2) Tahu Bila dan Dimana nak Keluar Dari Trade

Trading ini bukanlah sentiasa indah dimana kita sentiasa akan mendapat keuntungan, dari semasa ke semasa kita akan alam kerugian dan ianya bukan soal “jika” tetapi “pasti”, ianya pasti akan berlaku.

Sebab itu ianya penting untuk kita memiliki peraturan serta tahu bila patut kita keluar dari posisi trade.

Trader biasanya fokuskan lebih kepada dimana nak entry berbanding fikirkan tentang dimana nak keluar dari posisi trade jika berlaku kesalahan dalam analisa mereka.

Sebelum kita memasuki sebarang posisi trade pastikan kita tahu dahulu dimana kita akan keluar dari trade tersebut jika harga bergerak bertentangan, ini boleh dilakukan dengan menggunakan level stop loss(SL).

Saya tahu banyak trader tidak suka guna stop loss adalah kerana mereka takut pasaran bergerak dan sentuh level SL mereka sebelum bergerak ke arah analisa.

Tapi bagi saya ia lebih kepada isu waktu bila kita entry, jika buka posisi trade terlalu awal terdapat risiko harga akan sentuh SL dahulu sebelum bergerak, jika buka terlalu lambat harga mungkin akan terus bergerak dan jarak level SL kita akan menjadi lebih luas.

Jadi pastikan kita mempunyai syarat entry yang bagus seperti tunggu indicator stochastic memasuki level over-bought, over-sold atau berlakunya candlestick pattern di level support dan resistance.

Mungkin juga ia berlaku kerana level stop loss kita terlalu rapat dengan level entry kita. Jika benar mungkin kita perlu ubah jadikan jarak level SL kita luas sedikit.

Lagi satu ianya tidak beberapa bagus dan efektif untuk guna level stop loss imaginasi seperti trader mengatakan “aku akan cut loss bila harga bergerak melebihi daripada harga……” ini kerana stop loss imaginasi tidak beberapa konsistent dan efektif.

Emosi akan menggangu dengan memberi harapan palsu dan mereka akan mula menipu diri dengan berkata “market dah nak pusing semula ni tak perlu cut loss”, tapi market terus bergerak bertentangan dan bila mereka sudah mahu cut loss ianya sudah terlambat.

Jadi pastikan kita sudah tahu dimana nak keluar dari trade serta set level SL awal-awal. Jika harga sentuh level SL kita tidak menggapa terima saja kerugian tersebut dan cari peluang trade lain.

Trader professional juga akan alami kerugian tetapi apa yang buat mereka berjaya dan konsistent adalah mereka kawal serta kurangkan jumlah kerugian mereka.

3) Ambil Keuntungan

Selepas kita sudah tahu dimana kita mahu keluar dari trade jika market bergerak bertentangan, barulah kita fikirkan tentang di mana sepatutnya kita ambil keuntungan.

Terdapat 2 saja situasi bila patut kita keluar dari posisi trade, yang pertama adalah apabila harga sentuh level SL dan yang kedua apabila harga sudah sampai ke level TP(take profit) kita.

Level take profit ini bergantung juga kepada strategi masing-masing, jika anda adalah trader yang ikut arah trend dan trade guna indicator mungkin signal ambil profit anda adalah apabila berlakunya signal yang bertentangan dari entry.

Contoh jika signal buy mungkin anda akan ambil keuntungan apabila berlakunya signal sell.

Jika anda price action trader, mungkin level TP adalah area SnR yang terdekat, sebagai contoh jika entry sell di resistance, maka level TP adalah di kawasan support seterusnya yang terdekat.

Apa-apa pun pastikan level take profit kita melebihi level stop loss. Jika level stop loss kita adalah -$10 maka level TP kita perlu sekurang-kurangnya dua kali ganda +$20.

Jika keuntungan kita melebihi dari kerugian, akaun trading kita akan mula membesar dalam tempoh jangka masa panjang.

[adrotate group=”2″]

4) Tahap Risiko

Sebelum ini kita sudah lihat tentang stop loss, tapi ianya masih tidak lengkap jika kita masih tidak tahu apakah tahap risiko yang bagus buat kita.

Berdasarkan modal kita apakah tahap risiko yang patut kita guna, 2%, 3%, 5% atau lebih?

Ianya amat penting agar kita tidak ambil riisko yang terlalu besar dalam satu posisi trade.

Saranan saya adalah untuk kekal di bawah 3% bagi setiap posisi trade. Maksudnya jika modal akaun ada $1000 maka tahap risk maksimum kita adalah -$30 untuk setiap posisi trade.

Ia juga bagus untuk tetapkan berapa peratus kerugian dalam harian yang patut kita terima.

Contoh jika akaun kita sudah alami kerugian sebanyak -$100 dalam satu hari, ianya bermaksud kita sudah alami kerugian sebanyak -10% jika modal akaun kita adalah $1000.

Apa yang patut kita buat jika sudah capai had harian tersebut adalah kita patut tidak patut ambil sebarang posisi trade yang baru kerana dengan jumlah kerugian tersebut akan menggangu emosi kita semasa trading dan terdapat risiko yang kita akan melakukan kesilapan yang akan menjadikan kita alami kerugian yang besar.

Ambil masa untuk berehat dulu selama mana yang diperlukan untuk tenangkan fikiran kita semula.

Peratus harian yang bagus adalah -6% ke -10% dalam sehari. Jika sudah alami kerugian sebanyak itu, disarankan untuk kita ambil masa berehat seketika.

Contoh Trading Plan

Contoh Trading Plan Yang Mudah

Di atas adalah contoh sebuah contoh trading plan berdasarkan stratergi yang mudah saja, support dan resistance bergabung dengan candlestick pattern.

Lebih baik jika ianya ditulis di atas kertas agar mudah untuk kita ingat apakah S.O.P kita.

Tapi masih terdapat satu masalah lagi.

Walaupun kita sudah bina sebuah trading plan yang bagus, macam mana kita nak kekal disiplin dan hanya trade berdasarkan trading plan kita?

Kekal Disiplin Ikut Trading Plan

Ramai trader yang mempunyai trading plan yang bagus tetapi mereka gagal untuk menjadi disiplin untuk kekal kepadanya.

Mungkin dari semasa ke semasa mereka akan ikut trading plan mereka tapi mereka gagal untuk kekal konsistent untuk menjadi lebih berdisiplin dan hanya trade ikut trading plan mereka.

Jadi apakah cara terbaik untuk kita selesaikan masalah disiplin ini?

Ianya mudah saja kita boleh tukarkan trading plan kita menjadi kepada trading checklist.

Secara asasnya trading checklist ini adalah sebuah checklist dimana kita akan lihat sebelum kita melakukan sebarang trading.

Konsepnya mudah saja tetapi impak dia terhadap trading kita amatlah besar dan dapat tingkatkan prestasi trading kita dan bukan itu saja ia juga dapat membantu kita untuk menjadi lebih disiplin untuk trade berdasarkan trading plan kita.

Jika anda ingin tahu cara jadikan trading plan anda kepada trading checklist anda boleh lihatnya di kenapa trading checlist ini bagus untuk trader.

Di artikel itu juga saya sudah ada kongsikan template trading checklist jadi anda boleh saja download dan ubah template tersebut berdasarkan trading plan anda sendiri.

Kesimpulan

Memiliki sebuah trading plan amat lah penting dan memainkan peranan yang penting untuk kerjaya kita sebagai trader.

Bukan saja trading plan ini akan membantu kita menjadi seorang trader yang lebih bagus malahan dengan miliki sebuah trading plan yang bagus ia dapat meletakan kita satu langkah ke hadapan berbanding trader lain kerana kita sudah tahu apakah perancangan serta langkah-langkah yang kita perlu ambil sebelum trade.

Untuk menjadi lebih disiplin dengan trading plan kita, saya sarankan untuk jadikan trading plan tersebut sebagai trading checklist untuk memudahkan proses untuk kita kekal konsistent terhadap trading plan.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply