Indicator teknikal analaysis adalah satu peralatan yang digunakan oleh trader untuk meramal pergerakkan harga di dalam forex market.
Dengan menggunakan indicator, trader dapat meramal pergerakan arah market, bila harga akan berubah arah, bila untuk membuka buy atau sell order.
Ini adalah 5 perkara yang anda perlu tahu sekiranya anda trade menggunakan indicator.
1) Jangan Terus Membuka Posisi Trade Apabila Indicator Beri Signal
Ikut pergerakkan harga adalah perkara pertama di dalam trading, indicator hanya mengambil nilai daripada pergerakkan harga sebelumnya dan bagi jawapan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca.
Kita tidak boleh membuka posisi trade kita hanya disebabkan indicator sudah memberi signal tetapi kita perlu juga ikut price action(pergerakan harga) dan salah satu cara yang mudah adalah dengan melihat candlestick pattern.
Setiap candlestick mempunyai cerita yang berbeza dan menunjukan apa yang berlaku di dalam forex market untuk sesi trading tersebut.
Contoh yang mudah adalah moving average crossover.
Gambar di atas menunjukkan contoh bearish crossover, apabila 2 moving average tersebut sudah bersilang antara satu sama lain, ianya menunjukkan signal untuk entry.
Tetapi kita tidak terus buka posisi trade hanya disebabkan indicator beritahu untuk entry.
Kita tunggu sehingga price action memberitahu kita benda yang sama.
Gambar diatas pulak menunjukkan candlestick pattern yang berlaku selepas moving average crossover dengan 2 signal tersebut, kemunkinan market untuk turun itu semakin bertambah, jadi kita boleh buka posisi trade kita.
2) Berhati-Hati Jika Ada Berlakunya Divergence
Sekiranya indicator anda ada berlakunya divergence, berhati-hati, market kemunkinan akan berlaku prubahan arah.
Divergence menunjukan yang momentum untuk market bergerak ke arah tersebut semakin lemah, dan kemunkinan akan berlaku pullback atau reversal.
Kalau anda ada posisi trade yang sedang dibuka dan indicator oscillator anda menunjukan yang divergence sudah berlaku, seeloknya anda tutup posisi trade tersebut atau lakukan trade management.
Divergence tidak bermaksud yang market akan terus berubah arah, ia hanya memberi tahu yang pergerakan arah tersebut makin melemah tetapi market masih boleh bergerak lagi ke arah tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga seeloknya anda melakukan trade management untuk kurangkan risiko anda.
3) Anda Tidak Perlu Bijak Dalam Metamatik Untuk Trade Guna Indicator
Anda tidak perlu menyusahkan diri anda untuk paham formula metamatik indicator teresebut untuk menggunakannya, sama seperti anda tidak tahu tentang dalaman kereta tetapi anda masih boleh memandu kereta dengan lancar.
Indicator lebih kurang seperti itu juga anda hanya perlu paham tentang cara gunanya saja.
Kalau anda ada kesukaran untuk paham cara penggunaan satu indicator itu anda boleh saja cuba indicator yang lain.
Sekarang ini sudah ada banyak jenis indicator forex diluar sana, anda hanya perlu cari yang mana anda paham tentang cara gunanya, dan bukannya pilih indicator tersebut kerana ada orang katakan indicator itu mempunyai rekod yang bagus.
Pilih indicator yang mana anda rasa sesuai dengan diri anda dan paham tentang cara nak menggunakannya.
4) Tiada Benda Seperti Golden Forex Indicator atau Golden Setting.
Ramai trader yang cuba untuk mencari benda yang dipangil sebagai “Golden Indicator” atau “Golden setting”, strategy yang tiada loss dan sentiasa profit, sentiasa dapat ramal pergerakkan market 100% tepat.
Satu benda saya nak cakap, benda seperti itu tidak wujud, tidak kesah berapa jam, hari atau tahun anda mencari memang takkan jumpa sebab ianya tidak wujud dan tidak akan wujud.
Sudah ada beribu-ribu jenis indicator di luar sana dan setiap indicator atau strategy tersebut akan ada kesilapan dan kekuranggannya, tidak kesah berapa banyak jenis indicator yang digabungkan, market tetap akan ada juga bergerak bertentangan dari analysis kita.
Rahsia untuk berjaya dalam trading bukannya terletak di indicator.
Kalau ada orang cuba cuba menjual indicator forex kepada anda dan dia cakap “indicator ini 100% sentiasa tepat tidak akan salah”.
Itu sememangnya satu penipuan, semua indicator akan ada kekuranggannya, kalau indicator itu sentiasa tepat 100%, kenapa dia nak jual indicator tersebut?
5) Lakukan Banyak Back-test
Sepanjang perjalanan anda di dalam trading kemunkin kebanyakan masa anda akan lebih kepada melakukan back-test.
Back-test bermaksud anda melihat semula pergerakkan masa lampau di chart untuk melihat prestasi trading system atau strategy anda di masa lampau.
Ada trader yang menghabiskan masa selama berjam-jam dalam sehari untuk melakukan back-test.
Sebenarnya ianya memang bagus sebab back-test ini dapat menunjukan sama ada strategy kita ini bagus ataupun tidak dengan melihat prestasinya di market masa lampau.
Sekiranya anda mahu melakukan back-test anda perlu lakukannya dengan betul dan ianya memang akan makan masa dan tenaga untuk jumpa setting dan gabungan indicator yang sesuai, tetapi sekali anda jumpa yang sesuai dengan anda, ianya sangat berbaloi.
Saya dulu menghabiskan dalam 4 ke 5 jam sehari melakukan back-test.
Itu tidak bermakna yang anda pun patut duduk depan komputer hadap chart selama 5 jam macam saya, ikut berapa jam yang anda mahu luangkan untuk melakukan back-test, cuma lebih banyak masa yang anda luangkan, lagi banyak yang anda akan jumpa.