You are currently viewing 6 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kumpul Modal Mula Trading

6 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kumpul Modal Mula Trading

Munkin anda berminat untuk bermula trading forex tetapi tidak mempunyai duit lebihan untuk dijadikan modal untuk anda mula trading.

Di artikle ini saya akan berkongsi cara untuk anda boleh berjimat dan kumpul duit untuk jadikan sebagai modal untuk anda bermula trading, dan ianya bukan sahaja untuk kumpul modal trading tetapi boleh juga di amalkan supaya anda dapat berjimat di dalam kehidupan harian anda.

Saya akan katakan hasilnya munkin akan nampak agak sedikit pada mulanya tetapi bila anda teruskan lama-lama ianya akan jadi banyak.

Macam kata-kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.

Sekiranya anda baru sahaja mahu mula belajar tentang trading ia memang bagus untuk bermula dari awal proses pembelajaran anda sambil kumpul modal trading kerana bila anda sudah bersedia untuk mula trade menggunakan akaun sebenar sekurang-kurangnya sudah ada modal untuk mula.

1) Hidup Ikut Kemampuan

Yang pertama ini munkin memang agak mudah dan semua orang tahu tetapi masih ramai tidak melaksanakannya.

Keramaian orang berbelanja di luar kemampuan mereka dan kadang-kadang hingga sanggup berhutang dengan kad kredit ataupun meminjam dengan orang lain seperti rakan-rakan atau ahli keluarga untuk membeli barang kemahuan mereka.

Kalau nak beli phone baru tetapi tidak ada duit, jangan beli, nak beli baju branded baru tapi tak mampu, jangan beli.

Itu semua hanya kamhuan nafsu, ianya lebih elok kalau anda simpan duit tersebut untuk benda yang lagi elok seperti jadikan modal akaun trading anda ataupun duit keperluan sekiranya berlakunya kecemasan.

Hanya berbelanjakan untuk baranggan keperluan sahaja seperti barang dapur, makanan, dan pakaian biasa tak perlu branded, saya sendiri kadang-kadang beli baju di kedai bundle sahaja.

2) Bank Akaun Berasingan

Buka bank akaun khas untuk simpanan anda dengan cara ini anda tidak akan simpan wang simpanan dan pembelanjaan anda didalam akaun yang sama, saya tahu masih ramai lagi yang buat begini.

Jadi tidak akan berlaku kesilapan seperti terbelanja wang simpanan kalau mempunyai bank akaun yang berbeza khas untuk simpanan anda.

Tidak semestinya perlu buka bank akaun baru, boleh je guna bekas tabung, saya tahu setenggah orang lebih suka guna tabung dan munkin guna kedua-dua cara itu sekali.

Apa-apa pun yang penting jangan sesekali menggunakan duit tersebut untuk pembelanjaan pribadi.

3) Jual Barangan Anda

Setiap orang di rumah mereka mesti ada barang yang sudah tidak digunakannya tetapi masih elok lagi daripada biar ia kumpul habuk lebih baik anda menjualnya untuk membuat duit tambahan dan kumpul untuk jadikan modal trading anda.

Barang seperti baju, bag, komputer lama yang anda tidak lagi digunakan biasanya mudah untuk dijual. Saya sendiri menjual komputer dan laptop lama untuk kumpul modal trading dahulu.

Saya akan tanya adik beradik saya yang lain dan kawan saya kalau mereka ada komputer atau laptop lama sama ada masih elok lagi atau sudah rosak yang diorang sudah tidak guna, biasanya diorang akan bagi free je kalau dah rosak.

Sebab masih ada orang akan beli lagi komputer tersebut walaupun sudah rosak untuk spare part.

Tempat yang saya guna untuk menjual semula barang tersebut adalah mudah dan ebay.

2 website ini memang bagus sekiranya anda ada barang yang anda sudah tidak pakai tapi masih elok lagi untuk dijual semula, saya sarankan anda jual barang anda di website tersebut ianya percuma saja.

Hasil keuntungan yang anda dapat dari jual barangan tersebut boleh simpankan ke dalam bank akaun simpanan anda atau tabung.

4) Guna Peraturan 30 Hari

Peraturan 30 hari ini sangat bagus dan efektif, sekiranya kita nampak benda baru munkin phone model baru sudah keluar atau munkin design baju ada keluar, kita memang rasa seperti kene beli pada waktu itu juga.

Kalau anda selalu menggalami masalah seperti itu, cara ini memang sanggat bagus untuk anda.

Katakan anda ada ternampak sesuatu barang dan sebelum anda terus belinya cuba tunggu selama 30 hari.

Sebab dalam tempoh 30 hari itu kita akan sedar yang barang tersebut adalah kemahuan dan bukannya keperluan, pada masa yang sama anda boleh fikir yang lebih baik simpan atau gunakan duit tersebut untuk benda yang lagi bagus seperti jadikan modal trading anda.

Sekiranya anda sedang terasa mahu membeli sesuatu, tunggu dahulu dan fikir dahulu, ia boleh beri perspektif yang lebih baik kepada kita, sama ada ia benar-benar berbaloi ataupun tidak.

5) Berhenti Merokok

Bahagian ini mungkin akan ramai sukar untuk menerima.

Sekarang sekotak rokok sudah berapa ringgit, jika anda jenis kuat merokok berapa kotak dalam seminggu 2 atau 3 mungkin lebih.

Cuba anda fikirkan setiap minggu berapa banyak duit anda habiskan untuk rokok, bayangkan kalau anda simpan duit tersebut untuk sebulan, dua bulan atau tiga bulan agaknya sudah ada berapa banyak.

Saya tahu ada yang jenis susah untuk berhenti merokok walaupun mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk berhenti tetapi gagal.

Bermula dengan perlahan, untuk permulaan cuba kurangkan berapa banyak rokok anda hisap dalam seminggu.

Katakan seminggu anda biasa hisap 2 kotak kurangkan jadi sekotak kalau seminggu biasanya sekotak cuba kurangkan berapa kali anda hisap sehari.

Bukan sahaja anda dapat berjimat tetapi kesihatan anda pun akan terjaga jadi 2 kelebihan dalam 1.

6) Simpan Baki Pembelanjaan

Bila anda membeli barang biasanya akan ada pulangan baki, anda boleh simpan baki tersebut walaupun ianya hanya berapa sen.

Tabiat ini memang bagus kerana bila dihujung tahun tanpa anda sedar munkin sudah ada dalam beberapa ratus ringgit dan sememangnya cukup untuk dijadikan modal untuk trading.

Saya sendiri pernah cuba cara ini dan pada hujung tahun sedar-sedar jumlah dalam tabung simpanan saya sudah ada lebih dari RM400 itu sudah dalam $100 usd.

Walaupun agak lama masa yang diambil untuk simpan dan kumpul tapi bayangkan kalau anda sekarang ada extra RM400 anda gembira tak?

Kesimpulan

Jadi itulah 6 cara yang saya sendiri pernah lakukan untuk kumpul duit.

Anda tidak semestinya perlu buat semuanya sekali, anda boleh pilih yang mana anda rasa boleh buat dulu, mungkin bermula dengan jual barang yang anda sudah tidak gunakan dan menyimpan baki shopping anda.

Apa pendapat anda dengan 6 cara tersebut dan kalau anda ada cara anda tersendiri atau tip boleh berkongsi dengan semua orang di ruang komen di bawah munkin ia dapat membantu orang lain.

Artikel Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply