Cara yang terbaik untuk belajar sesuatu benda adalah dengan laksanakannya.
Untuk menjadi seorang pakar bedah, tidak boleh hanya dengan membaca dari buku sahaja mereka perlu berlatih dan buat secara fizikal dan bukanya hanya belajar dari segi theory.
Trading ini sama juga kita tidak boleh menjadi profesional trader atau trader yang konsistent dengan hanya membaca buku atau pergi ke seminar, anda perlu mencubanya sendiri dengan mula trade secara live atau mengunakan akaun demo.
Ini adalah 6 benda yang anda akan belajar apabila anda mula trade forex market.
1) Losing Trade Berturut-turut Itu Normal
Tidak kesah sama ada anda masih baru dalam trading atau sudah lama, losing trade itu tetap akan berlaku dan kadang-kadang anda akan menggalami losing trade berturut-turut.
Ianya bukan sebab strategy anda tetapi memang dari masa kesemasa situasi itu akan berlaku kepada semua trader, walaupun setup trade tersebut nampak sempurna market masih boleh bergerak bertentanggan dari analysis kita.
Sekiranya anda menggalami losing trade berturut-turut anda hanya perlu disiplin dan kekal kepada trading strategy anda, jangan terus mahu tukar ke strategy lain.
Tetapi sekiranya selama 3 bulan mencuba strategy tersebut dan lost anda lagi besar daripada profit anda, itu memang sudah menjadi masalah strategy tersebut, cuba untuk ubah sedikit dan lihat trading journal anda munkin ianya sebab cara anda menjaga risk management atau money management yang menjadi punca.
2) Mempunyai Dana Modal Simpanan
Setiap trader mesti pernah atau akan merasa margin call(MC).
Margin call ini berlaku apabila akaun kita tidak mempunyai baki atau dana yang cukup untuk menampung posisi trade kita, jadi kita perlu deposite lagi duit ke akaun kita supaya mempunyai dana yang mencukupi untuk terus trade.
Mempunyai dana simpanan sememangnya bagus sekiranya akaun anda berlakunya MC, sekurang-kurangnya anda sudah ada dana simpanan untuk tambah baki akaun trading anda.
3) Anda Tidak Perlu Ambil Trade Setiap Hari
Ramai trader selalu fikir yang mereka perlu trade setiap hari dan sebenarnya anda tidak perlu, kalau anda trade setiap hari walaupun tiada trade setup yang berlaku ini boleh mendatangkan masalah seperti “Over Trading” dan “Force Trade”.
Maksudnya anda trade terlalu banyak dan ianya bukan sesuatu benda yang bagus, pada masa yang sama akan ada hari dimana strategy anda tidak memberi setup trade anda akan terasa yang anda perlu ada juga trade untuk hari itu anda akan paksa diri anda untuk membuka posisi trade yang kemunkinan tinggi trade tersebut akan menjadi trade yang merugikan kerana anda membuka posisi tersebut berdasarkan emosi dan bukannya perancanggan serta analysis.
Sekiranya tiada setup trade yang berlaku untuk hari itu jangan trade, market forex ini akan sentiasa beri kita peluang di hari lain, kita hanya perlu bersabar untuk menunggu peluang tersebut tiba.
Seorang Trader Yang Berjaya Adalah Apabila Dia Tahu Waktu Bila Untuk Tidak Trade.
4) Anda Perlu Ada Waktu Berehat
Semua orang perlukan waktu berehat, sekiranya anda duduk di depan komputer melihat chart lama-lama ianya tidak elok dan akan menjejaskan kesihatan anda.
Jadi anda perlu set kan waktu untuk anda trade, saya bagi contoh.
Macam saya di waktu pagi saya biasanya membuat analysis kemudian sekiranya saya ada jumpa pair yang berkemunkinan akan memberikan trade setup saya akan masukan pair tersebut ke dalam watch list saya, watch list itu adalah senarai pair currency yang mana kemunkinan akan bagi saya trade setup untuk hari itu.
Kemudian di waktu tengah hari saya akan lihat sekiranya pair tersebut sudah memberikan signal untuk saya entry ataupun tidak.
Kalau anda lihat saya tidak sentiasa duduk di hadapan chart selama berjam-jam setiap hari, tetapi saya bahagikan masa, waktu pagi adalah waktu untuk saya membuat analysis yang biasanya tidak ambil masa lebih dari 2 jam, kemudian di tengah hari saya akan lihat semula pair dalam watch list saya sekiranya ada memberikan signal untuk saya entry.
Munkin ada yang terfikir macam mana kalau market terus bergerak ketika kita tidak melihat chart?
Sekiranya anda rasa takut yang anda akan terlepas trade tersebut anda boleh saja set po(Pending Order).
Jadi kalau market bergerak ke arah jangkaan anda dan anda sedang tidak melihat chart pada waktu itu anda tidak ketingalan pergerakkan tersebut.
Atau anda munkin baru saja mengalami losing trade berturut-turut, daripada anda trade lagi untuk cover loss tersebut, lebih baik anda ambil masa untuk berehat daripada trade buat seketika dan tenangkan dahulu diri anda sebelum sambung trade semula.
5) Alat Paling Berguna Dalam Trading
Ada satu benda yang memang dapat membantu dalam kerjaya trading kita iaitu Trading Journal.
Trading Journal ini bukan journal seperti journal dairy itu tetapi trading journal spreadsheet dimana kita catat dan rekod setiap trade yang kita ambil.
Sekiranya anda masih tiada trading journal anda patut buat satu dengan menggunakan excel spreadshhet atau boleh saja guna buku nota untuk catat semua trade yang anda ambil.
Sekiranya anda mahu baca lebih lagi tentang trading journal anda boleh baca artikel ini: Kenapa Trading Journal Penting.
[adrotate group=”4″]
6) Jangan Libatkan Emosi Dalam Trading
Kebanyakan trader gagal adalah disebabkan mereka trade berdasarkan emosi mereka. Market tidak kesah tentang emosi sesiapa.
Untuk berjaya dalam trading ini kita perlu kekal tenang dan fikir secara logic serta ikut trading plan kita.
Berfikir dengan logic dan tidak ikut emosi ketika trading adalah salah satu cara untuk kita berjaya dalam industri ini.
Kesimpulan
Sekiranya anda menggalami losing trade berturut-turut jangan takut kerana ianya memang sesuatu benda yang biasa dan akan berlaku kepada semua trader.
Mempunyai dana simpanan sanggat berbaloi sekiranya akaun anda menggalami MC anda sudah ada dana yang anda boleh guna untuk menambah baki akaun trading anda.
Market forex ini dibuka 24 jam dari isnin hingga jumaat jadi anda tidak perlu rasa takut untuk terlepas untuk membuat duit, sekiranya tiada trade setup jangan paksa diri anda untuk buka posisi trade, tunggu peluang itu akan datang.
Anda tidak perlu sentiasa duduk dihadapan komputer sentiasa melihat chart, ianya akan menjejaskan kesihatan anda, tetapkan bila waktu yang sesuai untuk anda trade
Setiap trader perlu mempunyai trading journal ianya munkin alat yang paling berguna dalam kerjaya trading kita.
Jangan sesekali trade menggunakan emosi kita, tetapi fikir secara logic dan kekal kepada trading strategy anda. Kebanyakan trader gagal adalah disebabkan mereka trade berdasarkan emosi mereka, jadi cuba untuk kawal emosi anda ketika trading.