Perbezaan antara saham dan CFD adalah ketika kita trade CFD, kita membuat spekulasi mengenai harga sebuah aset tanpa memiliki aset tersebut. Di mana jika kita trade pasaran saham kita akan memiliki kelas aset tersebut.
Di dalam artikel ini kita akan lihat apakah perbezaan di antara saham dan juga CFD. Kita juga akan lihat yang mana satu patut anda pilih jika anda masih baru lagi dalam trading.
Apa Itu CFD?
Maksud CFD adalah contracts for difference.
Dengan trade CFD kita membuat spekulasi tentang harga sesebuah aset tanpa benar-benar memiliki aset tersebut.
Sebagai contoh, katakan anda fikirkan yang nilai saham syarikat Apple akan meningkat, mungkin sebab mereka ada mahu lancarkan product terbaru yang sangat berinovasi.
Anda boleh beli saham syarikat Apple dari broker anda pada kadar harga semasa.
Sekiranya nilai saham syarikat Apple meningkat, anda boleh menjual CFD anda dengan harga baru yang lebih tinggi dari harga ketika anda beli dahulu.
keuntungan anda adalah jumlah perbezaan harga ketika anda beli dan anda jual aset tersebut.
Apa Itu Saham?
Saham adalah pemilikan perkongsian di dalam sesebuah syarikat tersebut.
Perbezaan antara saham dan CFD adalah dengan saham kita memiliki saham syarikat tersebut dimana CFD pula kita tidak memiliki sebarang aset.
kita guna contoh syarikat Apple sebelum ini.
Katakan anda telah membeli sebanyak 20 saham syarikat Apple pada harga $200 untuk setiap share sekiranya harga saham Apple menaik dan anda jual semula saham tersebut anda telah membuat keuntungan.
[adrotate group=”2″] |
Trade CFD vs Trade Saham
Hak Pemilikan
Seperti saya sudah ada kongsikan diatas tadi, jika kita trade CFD kita hanya membuat spekulasi apa harga akan buat manakala dengan saham kita memiliki aset tersebut.
Risiko
Dalam apa-apa bidang pelaburan pun risiko itu tetap ada tetapi risiko untuk CFD trading itu lebih tinggi berbanding saham biasa.
Dengan trade CFD terdapat risiko di mana kita boleh menggalami kerugian melebihi dari jumlah pemulaan kita ini disebabkan CFD ada menggunakan leverage.
Untuk saham kita hanya berisiko untuk kehilangan jumlah modal pelaburan kita sahaja, contoh kita mula dengan modal $1000 jadi jumlah kerugian maximum kita boleh alami adalah $1000 sahaja.
Leverage
Jika kita membeli saham tanpa menggunakan pinjaman margin, jumlah kita melabur adalah jumlah yang kita akan dapat dalam bentuk saham.
Contoh jika kita melabur $1000 dan mahu membeli saham syarikat yang bernilai $5 setiap satu share, jadi kita akan terima 200 saham syarikat tersebut yang bernilai $1000.
Tapi apabila kita membeli CFD, kita hanya perlu meletakan jumlah yang kecil namun kita akan menerima keuntungan dan kerugian seolah-olah kita telah membeli keseluruhan nilai yang asal.
Sebagai contoh, kita boleh meletak pesanan untuk beli 200 kontrak pada harga $5 setiap satu.
Jumlah keseluruhan adalah $1000, tetapi dengan CFD kita mungkin hanya perlu meletakkan 5% daripada jumlah keseluruhan untuk melaksanakan transaksi tersebut. Jadi hanya perlukan $50.
Jumlah ini dikenali sebagai margin. Pihak broker akan cover kesemua nilai kontrak yang tinggal.
Katakan harga kontrak menaik daripada $5 kepada $5.50, perubahan sebanyak 10%, kita sudah membuat keuntungan sebanyak $100. Tetapi sekiranya ianya bertentangan kita juga akan alami kerugian -$100.
Dengan membeli kontrak CFD kita berpeluang untuk mendapat keuntungan lebih besar dari jumlah pelaburan atau menggalami kerugian melebihi jumlah pelaburan. Inilah bagaimana leverage berfungsi dalam CFD.
Waktu Pasaran
CFD memberi anda akses ke ribuan pasaran, termasuk dana indeks dari seluruh dunia, anda boleh berdagang secara berkesan 24 jam sehari.
Dengan saham, anda hanya boleh melakukan transaksi pada waktu bursa saham sedang dibuka sahaja.
Jangka Masa
Untuk jangka masa yang pendek, CFD boleh dikatakan produk yang lebih baik.
Untuk pelaburan jangka panjang, saham dianggap sebagai pilihan yang lebih baik. Ini tidak bermaksud yang anda tidak boleh trade saham untuk jangka masa pendek.
Dividen
Dengan saham, anda akan menerima bayaran dividen dalam bentuk “dividend check” atau ada juga kemungkinan ia akan dibayar dalam bentuk tambahan saham.
Kontrak CFD juga ada menerima pembayaran dividen cuma posisi kontrak diselaraskan dengan perubahan dari dividen dan ianya tidak begitu digemari kebanyakan pelabur.
Kelebihan dividen dari CFD adalah ia biasanya akan terus masuk ke akaun pada hari yang sama, manakala untuk saham biasanya akan ambil massa dalam beberapa hari.
Regulation
Walaupun pasaran saham sangat terkawal, industri CFD sebaliknya.
Disebabkan itu, anda perlu menyelidiki secara terperinci kredibiliti broker pilihan anda untuk berdagang CFD.
Yuran/Caj
Terdapat juga bayaran yuran untuk saham mahupun CFD.
Dengan saham, anda biasanya membayar komisen untuk melaksanakan transaksi perdagangan.
CFD juga kebanyakan pihak broker akan mengenakan bayaran komisen untuk melakukan transaksi.
Jenis-Jenis Pasaran
Perbezaan lain yang perlu dipertimbangkan antara CFD & saham adalah akses pasaran.
Anda boleh trade pelbagai jenis instrumen dengan CFD seperti saham, indeks, forex dan cryptocurrency.
Dimana dengan saham, anda hanya terhad kepada pelaburan saham dan ETF sahaja.
[adrotate group=”4″]
Yang Mana Patut Anda Pilih?
Trade CFD atau saham masing-masing mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Bagi mereka yang masih baru lagi dalam industri, mungkin saham lebih bagus buat mereka kerana ianya lebih mudah dan kurang risiko.
Bagi mereka yang sudah berpengalaman dalam pasaran kewangan, CFD trading mungkin lebih menguntungkan disebabkan leverage.
Tetapi perlu ingat tentang risiko leverage itu agak bahaya, sekiranya anda masih baru dalam lagi dalam bidang ini saya tidak sarankan anda untuk mula dengan CFD kerana anda boleh menggalami kerugian melebihi modal pelaburan anda.