Apa itu market maker? Sebelum kita selami soalan ini kita perlu tahu dahulu macam mana pasaran kewangan ini beroperasi.
Jika anda sudah lama di dalam bidang kewangan anda pasti sudah tahu bahawa setiap kali kita mahu berdagang kita perlu ada penjual dan juga pembeli tidak kira sama ada ianya pasaran saham, forex, komoditi mahupun cryptocurrency.
Sebagai contoh, jika trader A mahu membeli 1,000 EURO dengan menggunakan USD, apa yang trader A perlukan adalah seseorang yang mahu menjual EUR mereka untuk USD.
Sekiranya terdapat trader lain yang mahu menjual euro dia untuk tukar ke usd, kita pangil dia trader B. Maka pesanan trader A akan berhubung dengan pesanan trader B, maka dagangan tersebut akan dilaksanakan. Semuanya berlaku dalam beberapa detik ke saat saja.
Tapi bagaimana kalau ketika trader A membuat dagangan untuk membeli euro tetapi ketika waktu itu tiada sesiapa yang mahu tukarkan USD mereka kepada EURO?
Pesanan dagangan tersebut tidak akan dilaksanakan.
Walaupun situasi seperti ini jarang sekali untuk berlaku di dalam pasaran forex, tetapi ianya boleh berlaku lagi-lagi jika kita trade pair mata wang exotic.
Seperti saya katakan tadi konsep ini sama juga dimana-mana pasaran sekali pun. Jika anda ingin beli saham sebuah syarikat tetapi ketika waktu itu tiada sapa yang mahu menjualnya maka pesanan anda tidak akan dilaksanakan, situasi ini biasanya berlaku bila kita trade saham syarikat yang kecil kerana tidak banyak jumlah transaksi yang berlaku.
Sama juga untuk pasaran cryptocurrency, contohnya jika kita trade cryptocurrency yang kecil kadang-kadang pesanan kita boleh ambil masa sedikit sebelum ianya dilaksanakan kerana volume liquidity untuk crypto tersebut tidak tinggi.
Dan kerana isu seperti inilah munculnya Market Maker untuk membantu.
[adrotate group=”2″]
Apa Itu Market Maker?
Sekarang kita sudah tahu untuk melakukan dagangan kita perlukan penjual sekiranya kita mahu membeli dan kita perlukan pembeli sekiranya kita mahu menjual.
Tetapi sekiranya salah satunya tiada, contoh kita mahu membeli tetapi tiada penjual ketika waktu itu, di sinilah bagusnya market maker.
Market maker adalah sebuah institusi seperti bank atau pun broker yang sentiasa menyediakan liquidity untuk mengambil pesanan dagangan pada bila-bila masa.
Contohnya jika kita mahu beli sebanyak 1000 saham syarikat A tetapi tiada sesiapa mahu menjual sebanyak 1000 saham syarikat tersebut, apa yang akan berlaku adalah market maker yang akan ambil pesanan tersebut dan laksanakan transaksi dagangan kita.
Macam Mana Market Maker Beroperasi
Market maker beroperasi dengan mengambil pesanan dagangan daripada trader-trader yang tidak dilaksanakan mungkin disebabkan kekurangan liquidity di dalam pasaran ketika waktu itu, dan melaksanakan transaksi tersebut.
Jadi macam mana market maker ini mahu buat keuntungan?
Model perniagaan market maker ini mempunyai risiko yang agak tinggi buat pihak yang menyediakannya.
Mesti ada yang terfikir situasi seperti ini. Jika kita mahu menjual saham syarikat itu kerana kita jangkakan harga akan menurun dan pesanan tersebut diambil oleh market maker dan harga saham itu pun jatuh. Jadi macam mana mereka nak dapat keuntungan?
Cara Market Maker Buat Duit
Market maker membuat duit dengan meletakkan spread pada harga mereka.
Spread ini bermaksud perbezaan harga jual dan beli. Sebagai contoh jika kita mahu beli saham dan harga semasa saham itu adalah RM10/share.
Jika pesanan kita melalui market maker harga untuk kita beli saham itu mungkin akan menjadi RM10.20/share, contohnya. Dan lebihan RM0.20 itu adalah keuntungan untuk market maker. Jika kita berli 1000 share itu bermaksud RM0.20 x 1000 = RM200 adalah keuntungan untuk market maker.
Mungkin anda rasa RM200 itu seperti nilai yang agak kecil saja, tapi jika terdapat lebih daripada 100,000 saham yang didagangkan ketika waktu itu bermaksud market maker telah membuat RM20,000 dari pesanan saham itu saja.
Konsep ini sama saja untuk pasaran lain seperti forex dan juga cryptocurrency dimana pihak market maker akan meletakan caj tambahan apabila membuat transaksi bersama mereka.
Lihat course Wira Crypto, ianya sebuah course percuma kami sediakan untuk mereka yang ingin belajar tentang cryptocurrency.
[adrotate group=”4″]
Adakah Market Maker ini Bagus?
Market maker ini ada kebaikannya, tanpa mereka pesanan dagangan kita mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya berlakunya kekurangan jumlah transaksi di dalam pasaran ketika waktu itu.
Jika anda sudah lama dalam bidang trading ini, anda pasti sudah tahu bahawa betapa pentingnya untuk pesanan dagangan kita dilaksanakan dengan pantas tanpa ada berlakunya sebarang kelewatan.
Tanpa market maker mungkin jumlah transaksi yang berlaku di dalam pasaran akan berkurangan, dengan jumlah dagangan harian yang semakin meningkat ketika waktu ini market maker memainkan peranan yang penting di dalam pasaran.