Kebanyakkan orang bila mahu mula trading forex akan fikirkan tentang duit, nak beli rumah besar atau kereta sport, bercuti naik private jet.
Tetapi tidak ramai yang terfikir perkara realiti sebenarnya tentang forex trading. Ini adalah benda yang anda perlu tahu sebelum anda mula ambil keputusan untuk mula trading forex market.
Ianya Akan Ambil Masa
Munkin anda pernah terbaca di blog, tentang kesah trader yang berjaya dan ada yang katakan mereka hanya belajar dalam 3 ke 6 bulan dan terus menjadi jutawan.
Ianya tidak mustahil dan boleh berlaku, tetapi tidak semua orang akan alami situasi yang sama, tahap pembelajaran setiap orang berbeza ada yang cepat belajar, ada yang agak perlahan.
Forex ini bukannya dengan belajar selama 3 ke 4 bulan anda sudah boleh berjaya. Saya kenal juga trader yang menggambil masa setahun, dan ada juga yang ambil masa 4 tahun sebelum mereka mula menjadi konsistent.
Seperti saya cakap yang tahap pembelajaran setiap orang berbeza, tetapi ada satu persamaan yang terdapat di semua trader yang berjaya. Mereka tidak pernah menggalah, mereka akan terus usaha untuk menambahkan ilmu mereka.
Trading Forex Bukan Cara Untuk Cepat Kaya
Ramai orang yang mahu mula trade forex kerana mereka mahu cepat kaya, tetapi malangnya ianya tidak semudah itu, kalau tidak sudah ramai orang yang akan bawak ferrari di jalan raya dan ada sebab kenapa 95% trader gagal dan hanya 5% sahaja yang berjaya.
Forex bukanlah tempat untuk kita jadi cepat kaya, seperti business yang lain ianya akan ambil masa. Kalau anda tanya trader yang sudah berjaya diluar sana berapa lama masa yang diambil sebelum mereka menjadi konsistent, selalunya jawapannya mesti akan “Bertahun”.
Akan Ada Waktu Gembira Dan Akan Ada Waktu Sedih
Dalam forex ini akan ada waktu kita bergembira sebab profit yang besar, tetapi dalam forex ini bukan tiap-tiap hari waktu yang happy akan ada waktu yang sedih seperti losing trade.
Market tidak akan sentiasa bagi kita keuntungan, trade yang kalah akan tiba, tapi ianya tentang cara kita kurangkan kerugian tersebut. Sebab itu pentingnya untuk menjaga risk management dalam trading kita.
Forex Trading Bukannya Mudah
Munkin anda pernah bertanya dengan trader sama ada trading ini mudah ataupun tidak.
Pada pandanggan saya ianya tidak mudah, kita akan lalui banyak waktu yang susah dan penuh kecewaan dalam pemulaan perjalanan kita sebagai trader.
Seperti bila kita mahu belajar sesuatu pada awalnya agak susah sebab kita tidak paham lagi konsepnya, tetapi selepas kita sudah belajar dan menambah ilmu, ianya tidak terasa susah sangat.
Dalam trading ini ianya bukan tentang soal berapa besar modal pemulaan kita tetapi ianya tentang berapa banyak ilmu tentang market yang kita ada.
Trading Ini Bosan
Ye tiada apa yang seronok tentang trading ini. Trading sebenarnya sanggat membosankan, kerja kita sebagai trader adalah duduk di depan chart melihat berita ekonomi dunia dan membuat spekulasi tentang arah pergerakkan market.
Yang seronoknya bila trade kita profit sahaja kalau loss bukan bosan saja tambah sedih lagi.
Itu kalau ada setup berlaku, kadang-kadang akan ada hari dimana tiada setup trade pun yang berlaku dan kita hanya duduk di depan chart untuk menunggu peluang trading.
Jadi itulah 5 benda yang anda perlu tahu sebelum anda mahu mula trading forex.
Sudah berapa lama anda mula trading forex ini atau anda baru saja mahu mula, boleh berkongsi kesah anda di ruang komen di bawah.