Analisa Teknikal Forex Pair AUD/USD dan EUR/GBP

Selamat pagi,
Minggu ini saya akan melihat pair AUD/USD dan juga EUR/GBP. Kedua-dua pair ini menunjukan potensi yang bagus.

AUD/USD

Chart Analisa pair AUD/USD

Saya jangkakan pergerakan bearish di pair AUD/USD.

Level Resistance Pertama: 0.73916 – 0.74081
Level Resistance Kedua: 0.74581 – 0.74812

Ini adalah dua level resistance yang saya akan lihat dan jangkakan untuk harga akan bertahan.

Jika terdapat ciri-ciri bearish yang berlaku mungkin ianya satu potensi entry yang bagus.

EUR/GBP

Chart Analisa pair EUR/GBP

Untuk pair EUR/GBP juga saya jangkakan pergerakan bearish untuk berlaku. Pair ini sudah berada di dalam keadaan downtrend untuk beberapa minggu dan saya masih tidak jangkakan pergerakan downtrend ini sudah tamat.

Level Resistance #1: 0.83054 – 0.83127
Level Resistance #2: 0.83309 – 0.83388

Ini adalah 2 level resistance yang saya akan lihat jika harga akan bertahan sebelum sambung pergerakan arah downtrend.

Trade Recap

Ini adalah recap untuk analisa pada minggu lepas.

AUD/USD

Analisa Recap AUD/USD

Pada minggu lepas saya jangkakan pergerakan bearish akan berlaku di pair AUD/USD, apa yang berlaku adalah pada hari selasa harga sudah sampai ke level resistance pertama dan bertahan.

Kemudian harga menaik semula dan pada hari khamis harga bertahan sekali lagi di level resistance tersebut sebelum melakukan lower low yang baharu.

GBP/NZD

Analisa Recap GBP/NZD

Pair GBP/NZD melakukan kenaikan yang drastik pada hari rabu, pair ini telah melakukan pergerakan kenaikan sebanyak 300 pips dalam tempoh masa 3 hari selepas harga berjaya bertahan di level support seperti yang ditandakan.

Trading melibatkan risiko yang tinggi dimana kita boleh kehilangan modal kita. Sila berhati-hati ketika melakukan sebarang dagangan.

Kesemua analisa di sini hanya lah sekadar perkongsian atas pandangan saya terhadap keadaan pasaran semasa. Segala risiko adalah atas faktor anda sendiri.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply