Analisa Teknikal Chart Pair GBP/USD dan NZD/CHF

Selamat pagi,

Analisa minggu ini saya akan lihat pair GBP/USD dan NZD/CHF.

Kedua-dua pair ini memberikan potensi setup sell, mari lihat analisa untuk dua pair matawang ini.

GBP/USD

Untuk GBP/USD chart kelihatan agak volatile dengan pergerakan naik turun yang kuat serta canstick banyak membuat shadow yang menunjukan pergerakan pasaran mungkin makin melemah.

Tapi saya jangkakan untuk berlakunya satu lagi penurunan atau pergerakan bearish di GBP/USD.

Level Resistance 1: 1.31722 – 1.31542

Untuk level resistance pertama, saya tidak jangkakan ianya akan dapat bertahan dan berlakunya breakout di level ini. Tapi jika berlaku ciri-ciri bearish juga di level ini ia mungkin bermaksud harga akan bertahan di situ buat sementara waktu.

Level Resistance 2: 1.32306 – 1.32126

Jika harga berjaya break di level pertama tadi, saya akan lihat riaksi harga apabila sampai ke level resistance kedua di mana saya jangkakan harga mungkin akan bertahan.

Reversal di NZD/CHF

Walaupun pair ini sedang berada dalam keadaan uptrend, saya jangkakan untuk berlakunya trend reversal di pair ini dari bullish ke bearish.

Level Resistance Pertama: 0.64110 – 0.64025

Ketika ini harga sedang berada di level resistance pertama, dan saya sedang tunggu untuk melihat jika level ini akan bertahan sebagai resistance ataupun tidak.

Jika harga gagal untuk bertahan di resistance pertama, saya akan lihat level resistance kedua.

Level Resistance Kedua: 0.64709 – 0.64573

Sekiranya harga bertahan di level kedua ia mungkin akan membuat reversal pattern Head and Shoulders, yang akan menyokong analisa jangkaan berlakunya trend reversal.

Tetapi ingat, trade bertentangan dengan arah trend agak bahaya kerana pasaran masih boleh bergerak sambing ikut arah trend mereka dan penurunan yang sedang berlaku ini hanyalah pullback.

Sentiasa ingat untuk menjaga risiko ketika trading agar tidak alami kerugian yang terlalu besar.

Market Recap

AUD/USD

Minggu lepas saya jangkakan untuk berlakunya trend reversal di pair ini, tapi apa yang berlaku adalah harga bertahan di level support pertama sepanjang minggu.

Pandangan saya masih sama lagi untuk berlakunya trend reversal di AUD/USD.

GBP/NZD

Sama juga seperti AUD/USD saya jangkakan bullish reversal di pair ini, tapi pada 29hb harga bertahan di level resistance tersebut dan membuat penurunan sebanyak 200 pip.

Seperti saya katakan tadi, walaupun terdapat ciri-ciri trend mungkin sudah mahu mula berubah itu tidak bermakna pasaran masih boleh sambung bergerak ke arah trend tersebut.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply