Teknikal Analisa Chart Pair AUD/USD dan GBPNZD

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Harap prestasi minggu lepas semuanya ok.

Minggu ini saya akan melihat 2 pair potensi memberikan trade setup yang ok iaitu AUD/USD dan juga GBP/NZD.

AUD/USD

Analisa Chart AUD/USD

Saya menjangkakan pergerakan bearish trend di pair AUD/USD. Jika masih ingat lagi untuk analisa 2 minggu lepas saya sudah mula mencari peluang sell di pair ini.

Level Resistance Pertama: 0.74624 – 0.74772
Level Resistance Kedua: 0.75212 – 0.75375

Ini adalah 2 level resistance yang saya akan pantau. Kemungkinan tinggi salah satu level tersebut akan bertahan sebagai level resistance dan market sambung pergerakan penurunan mereka.

GBP/NZD

Analisa Chart GBP/NZD

Buat pair GBP/NZD pula saya jangkakan pergerakan bullish trend dan berpotensi untuk menjadi sebuah pergerakan trend yang kuat.

Level Support #1: 1.89990 – 1.89527
Level Support #2: 1.88182 – 1.87707

Itu adalah dua level support yang saya akan lihat dan jangkakan harga akan bertahan. Jika terdapat ciri-ciri bullish di kawasan tersebut ianya mungkin potensi trade yang bagus.

Tapi apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga risk serta money management agar tidak alami kerugian yang besar.

Market Recap

Ini adalah kajian semula analisa pada minggu lepas. Minggu lepas saya memantau pair GBP/USD dan NZD/CHF, mari kita lihat apa yang berlaku pada kedua-dua analisa pair ini.

GBP/USD

Recap Analisa GBP/USD

Minggu lepas saya jangkakan penurunan di GBP/USD dan level resistance pertama adalah di 1.31722 – 1.31542, apabila harga sampai di level resistance pertama ini harga terus melakukan penurunan pantas.

NZD/CHF

Recap Analisa NZD/CHF

Pergerakan di pair ini pada minggu lepas tidak lah begitu lancar, harga berjaya bergerak melebihi sedikit daripada level resistance kedua di 0.64709 – 0.64573 yang menjadi punca alami sedikit kerugian.

Tetapi kemudian pasaran memberi peluang kedua di mana kemudiannya harga terus bergerak ke arah penurunan juga.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply