Analisa Pair AUD/CAD & NZD/JPY

Selamat pagi dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Minggu ini saya akan melihat 2 pair yang berpotensi memberikan peluang trade, AUD/CAD dan juga NZD/JPY.

NZD/JPY

Di NZD/JPY saya jangkakan untuk berlakunya pergerakan bearish atau downtrend.

Pair ini sudah berada dalam keadaan uptrend sudah hampir 2 bulan, dan saya jangkakan pergerakan uptrend itu sudah tamat dan trend reversal akan berlaku.

Level Resistance 1: 84.656 – 84.199
Level Resistance 2: 86.612 – 86161

Itu adalah 2 level resistance yang saya akan lihat jika harga berjaya bertahan di level-level itu.

Ini adalah sebuah setup swing trade jadi terdapat peluang untuk tangkap pergerakan potensi pergerakan besar di pair ini.

[adrotate group=”2″]

AUD/CAD

Di NZD/JPY kita jangkakan berlakunya reversal untuk downtrend, di pair AUD/CAD pula saya jangkakan untuk berlakunya reversal uptrend di pair ini.

Jika lihat terdapat 2 level resistance saya akan lihat, tapi jika berjaya berlakunya breakout di level resistance tersebut kemungkinan ia akan berubah menjadi level support.

Level Pertama: 0.91254 – 0.91085
Level Kedua: 0.92004 – 0.91835

Perlu pantau dan lihat apakah riaksi price action apabila harga sudah sampai di level ini.

Market Recap

Ini adalah update untuk melihat apa yang berlaku pada analisa pada minggu lepas.

CAD/CHF

Pair CAD/CHF bergerak seperti yang dijangkakan. Kita menjangkakan pasaran untuk sambung bergerak ke arah trend asalnya iaitu uptrend.

Apabila harga sudah sampai semula ke level support pertama kita, harga terus melakukan pergerakan bullish yang kuat dan melakukan kenaikan sebanyak 150 pips.

EUR/NZD

Buat pair EUR/NZD juga kita menjangkakan harga untuk sambung bergerak ke arah uptrend.

Walaupun harga melakukan pergerakan kenaikan yang lemah pada awalnya, tetapi pada hari jumaat harga bergerak secara bullish dengan kuat dan jumlah pergerakan tersebut adalah dalam 260 pips dari level support pertama.

Dengan ini saya ingin ambil kesempatan untuk menggatakan selamat hari raya aidilfitri, saya mohon maaf jika saya ada tersalah silap. Jika ada yang balik kampung itu harap berhati-hati ketika memandu, jangan memandu sambil melihat chart ianya berbahaya.

SELAMAT HARI RAYA !!!

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply