You are currently viewing 6 Aplikasi Yang Munkin Berguna Dalam Trading Anda

6 Aplikasi Yang Munkin Berguna Dalam Trading Anda

Sebelumnya ada telephon pintar kebanyakan peralatan trading hanya boleh digunakan di komputer sahaja.

Tetapi zaman sekarang ini sudah maju dengan kemajuan teknologi sekarang kebanyakkan tool tersebut boleh berada dimana-mana saja bersama anda sekiranya anda guna smartphone.

Kesemua link app tersebut adalah untuk play store(Android) kerana saya sendiri pengguna android tetapi sekiranya anda pengguna iphone anda boleh saja search nama app tersebut di dalam app store kemunkinan ada versi untuk apple ios.

Jadi mari kita lihat senarai 6 aplikasi yang munkin berguna untuk trader.

1) Invesing

Aplikasi ini adalah aplikasi rasmi daripada investing.com sebuah website berkaitan kewangan.

Dengan aplikasi ini anda boleh katakan All In One sebab terdapat banyak ciri-ciri dalam satu app seperti lapuran berita tentang kewangan dunia seperti saham, komoditi, forex, bonds, mata wang crypto, economic calander, market analysis dan banyak lagi.

Aplikasi ini juga ada chart sekiranya anda mahu melakukan analysis anda melalui chart di aplikasi investing.

Saiz aplikasi ini adalah sebesar 36 MB.

—> Link App

2) FXhours

Walaupun market forex ini di buka semlama 24 jam sehari 5 hari seminggu tetapi itu tidak bermaksudkan yang market akan sentiasa aktif.

Dengan menggunakan aplikasi ini sangat membantu untuk kita sebagai trader tahu market mana yang sedang open, ianya sangat penting untuk tahu maklumat itu kerana kita dapat tahu bila market akan ada liquidity atau banyak pergerakan.

Sebagai contoh biasanya ketika pagi waktu Malaysia, market yang sedang di buka adalah Australia, New Zealand & Jepun jadi apa-apa pair dengan currency tersebut akan mempunyai banyak liquidity berbanding dengan currency pair yang market sedang tutup seperti Gbp dan Euro.

Bukan itu saja aplikasi ini juga ada ciri-ciri lain selain hanya menunjuk waktu market, ini adalah senarai apa yang ada di dalam aplikasi ini:

  • Pip Value Calculator.
  • Pivot Calculator.
  • Forex Calendar.
  • Real-time Currency prices.
  • Alerts for open markets.
  • Notifications for market Holidays.
  • Central Bank Interest Rates.

dan banyak lagi.

—> Link App

3) Stinu

Stinu ini adalah aplikasi untuk anda kira berapa lot saiz yang sesuai dengan akaun anda untuk anda menjaga risk anda ketika trading.

Kelebihan aplikasi ini adalah ianya mudah untuk diguna dan designnya yang mudah dan kemas berbanding kebanyakkan aplikasi lain diluar sana.

Terdapat 25 jenis mata wang yang di sokong dalam aplikasi ini seperti:

USD
EUR
GBP
SGD
TRY
MXN
HKD
XAU(Gold)
XAG(Silver)

dan banyak lagi.

—> Link App

4) Myfxbook

Myfxbook adalah sebuah laman web komuniti untuk trader forex, dengan membolehkan anda berhubungkan akaun trading anda untuk melihat prestasi anda dalam bentuk yang lebih mudah untuk dibaca.

—> Link App

Website Rasmi: myfxbook.com

5) Metatrader 4 & Metatrader 5

Mesti anda sudah install aplikasi metatrader 4 atau 5 di telephone anda kan, saya tak pernah lagi jumpa trader yang tidak mempunyai MT4 di telephone diorang, melainkan broker yang mereka gunakan tidak menawarkan platform tersebut.

Link: Metatrader 4

Link: Metatrader 5

6) Blip

Blip adalah sebuah aplikasi untuk mengingatkan kita tentang masa setiap beberapa minit atau jam bergantung kepada setting anda.

Aplikasi ini akan berbunyi setiap 5 minit, 10 minit, 15 minit atau 1 jam.

Tujuan dia adalah untuk ingatkan kita supaya lihat chart sama ada ada berlakunya setup ataupun tidak, dan ianya munkin berguna sekiranya anda adalah intraday trader atau scalper sebab saya tahu kadang-kadang ada orang yang mudah terlupa untuk melihat chart, jangan rasa malu saya sendiri ada masalah seperti ini dulu dan aplikasi ini sangat membantu.

Ada pelbagai bunyi alarm yang anda boleh pilih dan saiz app ini kecil saja dalam 2 megabyte jadi dia memang tidak ambil space memory phone anda sangat.

—> Link App

Itulah 6 aplikasi yang munkin dapat membantu dalam trading anda.

Adakah anda ada aplikasi lain yang anda ingin kongsikan yang munkin dapat membantu trader lain, boleh berkongsi di ruang komen di bawah.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply