Hari ini saya ingin berkongsi 25 fakta tentang pasaran forex dan juga duit yang anda munkin tidak tahu.
1) Matawang pertama yang dapat dikenal pasti dicipta oleh King Alyattes dari Lydia(Sekarang Turkey) pada abad 600 Sebelum Masihi. Diot yang pertama dicipta sekali mempunyai gambar harimau boleh lihat gambar di atas.
2) Terdapat dalam 180 jenis matawang di seluruh dunia.
3) Daripada 180 jenis matawang tersebut, British Pound adalah matawang yang paling tua yang digunakan sejak 1,200 tahun dahulu sehingga ke hari ini.
5) Pada tahun 1990 sebelum adanya internet hanya pihak bank dengan liquidity $50 Juta USD sahaja yang boleh berdagang dalam pasaran forex. Selepas wujudnya internet orang biasa seperti saya dan anda sudah boleh mula trade pasaran forex dengan modal yang kecil.
6) Anggaran transaksi didalam pasaran forex adalah sebanyak $6 Trillion.
7) Sekiranya kita belanja $1 setiap satu saat ia akan menggambil masa tempah sebanyak 126,118 tahun untuk sampai ke tahap jumlah transaksi forex dalam sehari iaitu $6 Trillion USD.
8) 80% transaksi di dalam forex adalah berdasarkan matawang USD.
9) Lebih daripada 60% matawang US dipegang oleh kerajaan asing, insitusi serta private investor.
10) 41% Kesemua transaksi forex dijalankan di United Kingdom.
11) London adalah tempat forex terbesar di dunia, diikuti New York dan Singapore.
12) Jumlah transaksi daripada retail trade di dalam pasaran forex hanyalah 5%.
13) Dalam 40% trader adalah berumur dalam 20an hingga 30an.
14) Deutsche Bank mempunyai market share sebanyak 20% dalam pasaran forex dan ia adalah dealer foreign exchange terbesar di dunia.
15) Chart candlestick dicipta pada abad ke 18 oleh Munehisa Homma, seorang peniaga beras dari Jepun.
16) Walaupun candlestick chart sudah lama di Jepun, ianya tidak digunakan dipasaran Amarika Syarikat sehingga tahun 1989 apabila Steve Nison menulis buku tentangnya “Strategies for Profiting with Japanese Candlestick Charts”.
17) Unit “Dollar” telah menjadi matawang rasmi US pada tahun 1785.
18) Lebih daripada 85% transaksi dalam forex hanya berlaku pada 7 major pair matawang(EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, NZD/USD, USD/CAD, USD/CHF, dan USD/JPY).
19) Matawang US Dollar juga adalah matawang yang digunakan kebanyakan negara sebagai matawang simpanan rizab dunia.
20) Hanya dalam 11% daripada trader seluruh dunia adalah trader wanita.
21) Kuwaiti Dinar(KWD) adalah matawang termahal di dunia.
22) Matawang Iranian Rial(IRR) adalah matawang terlemah dunia.
23) Dianggarkan duit di seluruh dunia ada dalam $90 Trillion.
24) Lelaki yang terkaya di dunia dalam sejarah adalah Mansa Musa dengan anggaran harta sebanyak $400 Billion.
25) Negara seperti Montenegro, Kosovo, Vatican City, Monaco, San Marino dan Andorra adalah negara-negara yang menggunakan matawang euro sebagai matawang negara mereka walaupun terletak diluar zon euro.
26) Berdasarkan kajian daripada brokernotes terdapat dalam 9.6 Juta trader di seluruh dunia.
27) Daripada 9.6 Juta trader di seluruh dunia ianya dianggarkan dalam 11% adalah trader wanita.