Cryptocurrency vs Duit Kertas

Ok sekarang anda sudah tahu sedikit tentang sejarah cryptocurrency, jadi apa beza dia dengan duit kertas yang kita biasa guna?

Terdapat beberapa faktor penting yang membezakan cryptocurrency dari duit kertas, ini adalah 4 perbezaan yang ketara:

1) Kebebasan

Duit kertas di keluarkan dan di kawal oleh kerajaan ini bermaksud mereka boleh mencetak duit baru sebanyak mana yang mereka mahu yang akan mengurangkan nilai duit tersebut.

Manakala untuk cryptocurrency pula ianya tidak di kawal oleh mana-mana kerajaan atau individu dan jumlah kewujudan coin cryptocurrency adalah terhad, maksudnya tiada siapa boleh menambah lagi jumlah unit coin tersebut, ini boleh menaikan lagi nilai coin tersebut jika terdapat banyak permintaan untuknya.

2) Tiada Orang Tengah

Apabila kita lakukan transaksi guna crypto kita tidak perlukan orang tengah untuk sahkan transaksi tersebut seperti bank contohnya.

Disebabkan cryptocurrency gunakan teknologi blockchain kesemua transaksi direkodkan secara kekal dan tidak dapat dipulihkan, atau diubah, ini menjadikan cryptocurrency sebagai kaedah pertukaran nilai yang sangat selamat berbanding duit tradisi.

3) Kemudahan

Ianya lebih mudah untuk menghantar atau menerima duit dalam jumlah besar tidak kesah dimana anda berada. Transaksi crypto biasanya dalam beberapa minit saja tidak kesah nilai yang dikirim adalah besar atau kecil.

Dimana jika duit kertas ianya mungkin boleh ambil masa beberapa hari ke berminggu untuk transaksi tersebut lulus. Kadar caj yang dikenakan juga lebih kecil jika dibandingkan dengan duit kertas.

4) Tidak akan Hilang

Seperti duit yang biasa kita biasanya akan simpan di dalam bank dan apa-apa saja boleh berlaku contoh mungkin akaun telah dibekukan.

Dengan cryptocurrency kita tidak akan kehilangan crypto tersebut kerana akaun tidak boleh dibekukan melainkan kita kehilangan untuk masuk ke crypto wallet tersebut.

Kita akan belajar lagi tentang wallet dan cara untuk pastikan wallet kita selamat kemudian.

duit kertas vs cryptocurrency