Back to: Belajar Forex Trading
Indicator bollinger bands atau “BB” sebagai singkatan adalah sebuah trend indicator yang dicipta oleh John Bollinger, beliau adalah seorang trader teknikal yang dikenali ramai dalam dunia trading.
Pengambilan Utama
- Indicator bollinger band dicipta oleh John Bollinger dan ia sebuah trend indicator pada masa yang sama dapat menunjukan signal overbought dan oversold.
- Terdapat 3 komponen yang menghasilkan Bollinger Band: Simple Moving Average(Middle band), upper band dan lower band.
- Ia disarankan untuk gabungkan bollinger band bersama dengan indicator yang lain.
Isi kandungan
Asas Indicator Bollinger Bands

Terdapat 3 komponen yang terlibat untuk mencipta bollinger bands:
- Upper band(garis atas), ia adalah strandard diviation dengan kadar tetap pada 2.
- Middle band(garis tengah) adalah line 20 simple moving average(SMA).
- Lower band(garis bawah) sama seperti upper band, ia terdiri daripada standard diviation.
Kegunaan indicator BB ini adalah untuk mengukur pergerakan turun naik pasaran, maksudnya bollinger bands ini dapat memberi tahu kepada kita bila pasaran sedang aktif dan bila pasaran sedang sunyi atau tidak banyak pergerakan.

Jika anda lihat rajah di atas, ia menunjukan upper band dan lower band mula semakin rapat ke middle band dan mengecil, ini bermaksud tidak begitu banyak aktiviti jual beli yang sedang berlaku dalam pasaran.
Bila situasi begini berlaku ia dipanggil sebagai “BB Squeeze” dan pasaran sedang bergerak dalam keadaan sideways.

Tapi apabila pasaran mula aktif semula, kiranya terdapat banyak transaksi yang berlaku dalam pasaran, bollinger bands akan mula berkembang atau membesar.
Biasanya apabila BB mula berkembang ia bermaksud pasaran sedang berada dalam fasa trending.
Cara Guna BB Dalam Forex Trading
Terdapat 3 cara anda boleh guna indicator dalam strategi forex trading anda.
- Guna bollinger band ketika pasaran sedang trending.
- Guna BB semasa pasaran mendatar.
- Tangkap potensi pergerakan reversal.
Mari kita lihat setiap satu dengan lebih mendalam.
1) Guna BB Ketika Pasaran Mendatar
Kaedah ini amat berguna ketika pasaran sedang bergerak dalam keadaan sideways dan ia dapat membantu anda untuk tahu bila harga sudah menjadi overbought dan juga oversold.
- Overbought bermaksud apabila harga sudah menaik terlalu tinggi dan kita boleh jangkakan pasaran mungkin akan mula menurun tidak lama lagi.
- Oversold adalah situasi dimana harga telah turun terlalu rendah, dan apabila harga telah memasuki kawasan oversold terdapat kemungkinan harga akan mula menaik.

Ketika BB squeeze berlaku kaedah ini amat berkesan. Dalam rajah di atas tunjuk ketika pasaran sedang berada dalam fasa squeeze kerana tidak banyak pergerakan yang berlaku, harga akan bergerak dalam kawasan bollinger bands.
Apabila harga capai ke upper band itu bermaksud harga sudah sampai ke tahap overbought dan kita boleh jangkakan harga akan menurun. Dan bila harga sampai pada lower band, harga telah memasuki kawasan oversold dan harga mula menaik.
Untuk mendapat kepastian yang lebih kuat, anda boleh gabungkan kaedah ini dengan indicator oscillator lain seperti stochastic.
2) Bollinger Band Dalam Pasaran Trending
Disebabkan indicator BB ini adalah indicator dalam katagori trend maka ianya sudah tentu lebih berkesan ketika pasaran berada dalam keadaan trending.

Ketika pasaran berada dalam keadaan uptrend, anda hanya ingin fokus untuk mencari peluang membeli sahaja.
Setiap kali harga membuat pullback atau retrace ke middle band, itu adalah peluang untuk anda buka posisi beli anda, kerana middle band itu adalah SMA dan kita tahu harga kebiasaannya akan hormat line SMA sebagai SnR.
Maka jika anda ternampak ciri-ciri bullish seperti candlestick pattern telah berlaku ketika harga sedang berada berdekatan dengan kawasan simple moving average(garis tengah BB) itu adalah potensi trade setup.

Aras untuk ambil keuntungan atau sasaran take profit anda adalah pada upper band. Bila harga sudah capai pada upper band, itu adalah kawasan terbaik untuk ambil keuntungan.

Contoh untuk downtrend, dimana anda akan membuka sell order di sekitar middle band dan ambil keuntungan pada lower band.
3) Bollinger Band Squeeze
BB squeeze berlaku semasa pasaran sedang berada dalam keadaan tenang, kiranya pasaran sedang tidak mempunyai pembeli dan penjual yang ramai untuk menolak harga naik atau turun.

Tapi satu perkara anda perlu ingat adalah, apabila berlakunya BB squeeze breakout pasti akan berlaku dan breakout ini boleh menunjukan sama ada berlakunya reversal atau harga akan sambung pergerakan arah sebelumnya.

Walaupun ianya agak susah untuk menjangkakan arah mana akan berlakunya breakout, tapi petanda awal harga akan bergerak menaik atau menurun adalah bila munculnya sebuah candlestick yang besar dan ketara.
Candlestick itu juga biasanya akan tutup di luar kawasan BB.

Sebaik saja situasi itu berlaku, terdapat kemungkinan tinggi harga akan bergerak ikut arah breakout itu.
Kekurangan Bollinger Bands
Indicator BB bukanlah begitu berkesan jika ia digunakan begitu sahaja. Mereka hanyalah sebuah indicator yang dicipta untuk memberitahu trader tentang pergerakan turun naik harga semasa.
Walaupun BB ini kelihatan seperti agak fleksibel kerana boleh digunakan ketika pasaran trend atau sideways, tapi pereka indicator bollinger band John Bollinger sendiri menyarankan untuk trader cuba untuk gabungkan BB bersama indicator lain untuk meningkatkan ketepatan analisa.
Beliau mempercayai bahawa, ianya amat penting untuk trader menggunakan indicator yang menunjukan pelbagai jenis data dan maklumat yang berbeza.
Kesimpulan
Bollinger bands sangat membantu dalam analisa teknikal kita, ia berkongsi pelbagai maklumat seperti bila pasaran berada dalam keadaan trend dan bila pasaran berada dalam keadaan mendatar, bila harga menjadi overbought dan oversold.
Dengan itu bollinger bands sememangnya sebuah indicator yang sangat berguna dan bermanfaat untuk trader sertakan dalam strategi trading mereka.
Akan tetapi, indicator BB ini bukanlah jawapan untuk segalanya, malahan pencipta indicator ini juga menyarankan untuk gabungkan BB bersama dengan indicator yang lain.